Friday, January 23, 2009

BeRBaLoi RaSaNYa

Kesabaran tu membuahkan hasil. Walaupun hari-hari yang aku lalui sekarang nie terasa padat sangat aktivitinya tapi kali nie aku rasa berbaloi sangat. Takde kata boleh digambarkan cuma gambar saja yang dapat menggambarkan betapa ia betul-betul buat aku dan keluarga gembira.
Walaupun belum semua rak keluarkan hasil tapi sebahagian yang telah dibuka nie beri harapan dan menguatkan semangat aku lagi. Kita kongsi gambar jelah yer bersama-sama.



Tuesday, January 13, 2009

MooD TaHuN BaRu

Hari nie dah 13 hari tahun 2009. Apa mood yang baru? Aku sendiri setelah 13 hari nie seperti ada sesuatu yang membuatkan diri terlalu sibuk. Tahun lalu terlalu banyak kenangan yang manis untuk dikenang. Namun ada juga yang sedih dan tak dapat dilupakan. Untuk apa toleh kebelakangkan? Hidup perlu diteruskan. Tahun lalu selain dari team hoki yang aku pimpin berjaya mendapat tempat ke-3, aku juga berjaya mengotakan satu lagi impian yang pada mulanya pada orang lain aku sekadar berangan. Walaupun agak terlewat dapat menunaikan azam tersebut tapi aku berjaya akhirnya. Ye Projek Cendawan akhirnya dapat dilaksanakan.
Sejak akhir-akhir nie aku sibuk sangat. Tahap kesihatan aku pun tak berapa baik. Deman dan batuk jadi peneman setia dari akhir tahun sampai sekarang. Beban kerja makin banyak biasalah akaun syarikat semua dah nak hantar ke akauntan.aku pun makin sesak kepala bila tengok fail melambak-lambak atas meja.
Tahun nie ada sedikit perubahan jadual kerja. Hari Sabtu aku akan mula bercuti sekarang. Entahlah sampai bila nie ..takut-takut bila kerja dah banyak nanti kena tarik semula cuti tu.
So sekarang hari Sabtu aku dah bertukarlah rutinnya. Pagi-pagi aku siram dulu bag cendawan..lepas tu pergi kebun sekejap ( heheh kan nak jadi petani moden). Sekarang nie projek terbaru aku ambil tanah masuk polibag dah tanam anak lada. Ni projek baru..hahah banyak betul keje aku nak buatkan..tanam suka-suka ada hasil makan sendiri ada lebih leh jualkan?.
Masih jauh ke hadapan lagi aku nak menilai dan meletakkan apa-apa impian tahun nie. Ekonomi dunia merundum dan kita mangsanya. Makanya sekarang aku kena lagi berusaha mencari sesuatu yang dapat menampung aku dan keluarga aku. Walaupun keadaan sekarang tidaklah dalam keadaan yang terlampau terdesak sekurang-kurangnya aku bersedia untuk apa saja kemungkinan.
Moga tahun nie membawa sinar kebahagian dalam hidup aku..

Tuesday, January 6, 2009

DaH MaKiN BeSaR!

Pagi tadi sebelum pergi kerja sekali lagi aku pi jengah bangsal. Sekarang pagi dah jadi rutin sebelum pergi kerja aku akan siram dulu bag-bag cendawan tu.

Pagi ni nampaknya cendawan-cendawan tu dah mula membesar.
Mak aku berleter jugak..hari-hari ambil gambar. Lama-lama cendawan tu pun takut nak keluar. Hahahaha... betul juga cendawan pun takut gak tengok aku asyik dok ambik gambar. Tapi nak buat cam mana kan..nak kongsi gembira dengan kawan-kawan lain gak yang berdebar-debar gak menanti. Makanya aku snap gak gambar cendawan pagi tadi..hahaha....




Monday, January 5, 2009

DaH KeLuaR DaH!!!

Semalam aku betul-betul gembira. Bag percubaan kedua yang aku buka ada yang menampakkan hasil yang positif. Mungkin kali pertama bag belum cukup matang dan juga suhu tinggi sangat. Percubaan kedua ini gak masih lum banyak bag yang keluar. Tapi punca kenapa dan mengapa cendawan tak keluar aku dah dapat kesan.


Sekurang-kurangnya, cendawan yang keluar nie memberi suntikan semangat untuk aku dan memberi harapan kembali. Jangan berputus asa dan cepat mengalah..