Hari nie dah 13 hari tahun 2009. Apa mood yang baru? Aku sendiri setelah 13 hari nie seperti ada sesuatu yang membuatkan diri terlalu sibuk. Tahun lalu terlalu banyak kenangan yang manis untuk dikenang. Namun ada juga yang sedih dan tak dapat dilupakan. Untuk apa toleh kebelakangkan? Hidup perlu diteruskan. Tahun lalu selain dari team hoki yang aku pimpin berjaya mendapat tempat ke-3, aku juga berjaya mengotakan satu lagi impian yang pada mulanya pada orang lain aku sekadar berangan. Walaupun agak terlewat dapat menunaikan azam tersebut tapi aku berjaya akhirnya. Ye Projek Cendawan akhirnya dapat dilaksanakan.
Sejak akhir-akhir nie aku sibuk sangat. Tahap kesihatan aku pun tak berapa baik. Deman dan batuk jadi peneman setia dari akhir tahun sampai sekarang. Beban kerja makin banyak biasalah akaun syarikat semua dah nak hantar ke akauntan.aku pun makin sesak kepala bila tengok fail melambak-lambak atas meja.
Tahun nie ada sedikit perubahan jadual kerja. Hari Sabtu aku akan mula bercuti sekarang. Entahlah sampai bila nie ..takut-takut bila kerja dah banyak nanti kena tarik semula cuti tu.
So sekarang hari Sabtu aku dah bertukarlah rutinnya. Pagi-pagi aku siram dulu bag cendawan..lepas tu pergi kebun sekejap ( heheh kan nak jadi petani moden). Sekarang nie projek terbaru aku ambil tanah masuk polibag dah tanam anak lada. Ni projek baru..hahah banyak betul keje aku nak buatkan..tanam suka-suka ada hasil makan sendiri ada lebih leh jualkan?.
Masih jauh ke hadapan lagi aku nak menilai dan meletakkan apa-apa impian tahun nie. Ekonomi dunia merundum dan kita mangsanya. Makanya sekarang aku kena lagi berusaha mencari sesuatu yang dapat menampung aku dan keluarga aku. Walaupun keadaan sekarang tidaklah dalam keadaan yang terlampau terdesak sekurang-kurangnya aku bersedia untuk apa saja kemungkinan.
Moga tahun nie membawa sinar kebahagian dalam hidup aku..
2 comments:
tahun baru...azam baru...mood baru...
diri yg baru ke atau still same..
Kak Sue selamat tahun baru...
xsabar nk tggu cendawan tue...
sabiah turun chaahlah...
semangat baru ..orangnya tetap yang sama..
Post a Comment