Agak lama aku menyepikan diri. Seperti kata Elle dah bersawang blog aku. Ahh! tuntutan duniawi amat menyekat waktu senggangku. 2 bulan yang lepas aku sibuk dengan kerja pengeposan T-Shirt Kelab RAMFC. Sepertinya sepanjang masa bekerja tanpa mengira siang dan malam. Agak tegang sedikit urat badan. Kerja di pejabat pula menuntut sepenuh perhatian. Bila diikutkan rasa hati ingin sahaja aku menutup blog ini. Tetapi rasa sayang pula bila difikirkan semula. Aku kekeringan idea sebenarnya. Bukan aku tidak minat pada bidang penulisan. Itulah hobi aku satu ketika dulu. Masih ramai teman yang menanyakan apakah aku sudah berhenti dari menulis. Aku tidak berhenti teman-teman, tapi masa begitu membataskan.
Bulan Mac. Emmm..Apa yang menarik? Alhamdullilah rumah aku telah siap kerja baikpulih dan naiktarafnya. Setelah bertahun impian dipendam terlaksana juga akhirnya. Angan-angan tak salah jika disertakan dengan usaha. Awal bulan Mac, 6 Mac hari lahir Ratu RAMFC, Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ratu..ahakss.. terima kasih pada Edan yang sudi membantu menjayakan misi.
Pertengahan bulan Mac...Aku sibuk dengan projek cendawan. Bila dah minat penat pun mesti buat. Alhamdullilah projek kali ini tiada masalah besar. Masih berjalan lancar walaupun telah sampai kali yang ke 4 bongkah dibuka. Bongkah masih mampu menggeluarkan cendawan. Seperti yang sebelumnya aku tetap tidak dapat menampung permintaan. Semoga keadaan ini berterusan agar aku masih boleh meneruskan projek ini. Siapa juga tahu satu hari nanti aku boleh buat secara besar-besaran.
Akhir Mac. Aku amat menanti kedatangannya. Kenapa? Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dah lama aku tahan nafsu dari membeli buku beberapa bulan ni. Hanya kerana menunggu tibanya Pesta Buku. 26 Mac aku bertolak ke KL. Rumah Pak Din jadi tempat persinggahan. Terima kasih Elle dan keluarga yang sudi menyediakan tempat tuk aku menginap ketika disana. Budi baik kalian sekeluarga hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya.
27 MAc awal jam 10 pagi kami telah berkumpul disana. Keadaan awal pagi saja dah boleh buat sakit kepala. Padat dengan manusia. Setahun sekali peluang diambil. Ketika ini berapa RM yang keluar pun dah tak peduli. Aku berada disini juga ada misi. Misi bersama-sama para sahabat RAMFC. Majlis pelancaran novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi. Laporan tentang pelancaran boleh didapati di laman sesawang rasmi kelab di http://www.kelabram.com/. Telah lama tidak berkumpul beramai-ramai. Pelbagai cerita dikongsi bersama. Saat indah ketika berkumpul waktu aktiviti futsal kembali lagi. Kali ini lebih ramai lagi yang menyertai. Walaupun pertama kali yang ada bersua muka tetapi kemesraan yang lahir seolah-olah telah lama kenal satu sama lain. Inilah yang aku cari. Setiap detik berlalu tidak terasa bersendirian. Gelak tawa menyelubungi perjalanan waktu disana. Sepakat membawa berkat. Majlis pelancaran pada 28 MAc berjalan dengan lancar. Kesempurnaan itu tiada siapa yang dapat capainya..tetapi kearah menjadi sempurna, boleh aku katakan majlis itu mencapai misinya. Tahniah pada kalian semua. Mencipta satu lagi memori indah dalam hidup aku. 2 hari terlalu cepat berlalu. Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Tetapi siapa yang suka akan perpisahan. Itulah kehidupan.Makanya biarlah memori itu disimpan didalam lubuk hati yang paling dalam. Aku tinggalkan kalian dengan gambar kenangan disana.
6 comments:
waduh.... ayat mmg lengkap abis. blh jd penulis sue ni kan.
anyway tengkiu heheheh siap wish utk ratu tu aduhaiiiiiiii
hahaha..yelah tu..tulis kat diary jeklah..kang ratu murka kalau tak sembah dia dulu...ahaksss...
wei korang semua tunggu aku hapdet yea...macam siut jea...
Elle:..heheh yelah senang sikit x pyh nak berjela aku citer..suh jek refer kat kelab tuk maklumat lanjut tentang pelancaran..ahaksss..
ye cik bos elle...
mana blh lawan tokei kan. kena tgu bos wat n3 dulu barulah ktorg wat hehehe
kaksue, baru baca.. so syahdu.. terutamanya ayat2 di penghabisan tu.. waaaa...
Post a Comment