Thursday, January 27, 2011

Kenapa Mereka Boleh Tapi Tidak Kita?

Apa yang ingin aku cerita sebenarnya? Pada 25 Disember 2010, akhirnya aku memijakkan kaki juga di bumi Brunei Darul Salam. Bukan ingin bercerita tentang tempat yang menarik dilawati di sana, tetapi ada perkara lain yang menarik perhatian aku. Di Malaysia, Kita cukup kaya dengan slogan. Bermacam-macam ayat slogan antaranya Bahasa Jiwa Bangsa. Tetapi adakah kita mempraktikkannya?.

Aku sangat kagum dengan Negara Brunei ini. Kenapa? ..Mari kita lihat sama-sama apa yang aku maksudkan.




Bahasa Melayu Bahasa Rasmi Negara ( Di Malaysia di mana kita boleh lihat papan tanda begini?)



Tulisan Jawi juga secara meluas digunakan.



Menjadi kebanggaan mereka menggunakan tulisan Jawi



Kenapa kita tidak berani menggunakan tulisan Jawi secara meluas?






Bangunan-bangunan di tengah-tengah Bandar Brunei juga secara meluas menggunakan Tulisan Jawi di papan-papan tanda.



Nama kedai B- Win ditukarkan menjadi B -Menang dan kemudiannya ditulis menggunakan tulisan Jawi.



Lagi...



Dan Lagi...


Mmmm... pada saya, ada waktunya kita terlalu tunduk sangat. Dimana silapnya? Anda tahu jawapannya..











5 comments:

-Ain-Dak In- said...

x pernah lg sampai ke sana..
tapi bila tgok pic yg kak sue tunjukkan rasa teruja pulak nak kesana.

rasanya brunei ni antara negara yang paling kaya an?(betul ke)
tapi cara mereka menerapkan nilai2 keagamaan pada penanda jalan tu amat mengkagumkan.rasanya selalu kita tengok kat filem2 lama macam filem p ramlee..betol x..

perlu salute dengan pemerintah negara tu..

<<< kak sue dpt carik calon tak tok kita dari sana? ekekekekeke~

sue onn said...

Ain:.. kalau nak hiburan bersukaria mcm di Malaysia mungkin Brunei bukanlah tempatnya..tapi masih berbaloi untuk ke sana. Jalan tgk tempat orgkan. Walaupun matawang dia tinggi sama mcm Singapura tapi harga barang masih murah lagi jika nak dibandingkan dgn Singapura.

Memang akak rasa kagum dgn cara pemerintah di sana. Sbb itu iamenarik perhatian walaupun dalam kereta yg bergerak akak snap juga gambar.

Tentang calon, hehe akak pun tak jumpa calon akak..kahkah..kita pegi sesamalah nanti pegi cari yer..

Anonymous said...

=)

kelisa said...

sue lain kali kita gie tempat lain lagi k..

Nur Asiah said...

sampai jugak sue kat sana.. blh tengok negara org..