Sunday, November 9, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Pulau Pinang ( 3 November 2014 )

Hari terakhir.

Terakhir untuk misi ini. Pagi-pagi sudah bangun. Apa yang tidak dapat semalam, pagi ini kami cuba lagi. Roti bakar dan roti canai Jalan Transfer. Hari ini bernasib baik.

Bukanlah sebuah restoran tetapi hanya kedai di tepi jalan yang berkongsi dinding bangunan. 

Roti canainya bermacam-macam bentuk. Kari dagingnya sangat sedap. Aku pergi order 2 keping roti canai sebab aku tak order roti bakar. Tapi rupanya mereka berdua pergi orderkan untuk aku juga roti bakar. Memang kembang berganda-gandalah usus.

Ini roti bakarnya. Siap dengan 2 bijik telur setengah masak. Sebab telur itulah aku tak order. hahaha..aku rasa semacam bila makan telur tak masak. Disebabkan sudah diorder makan gigih jugalah sumbat dalam mulut.

Selesai bersarapan, maka tamatlah sudah aktiviti di Pulau Pinang ini. Balik ke hotel kemas-kemas barang dan daftar keluar.

Hari yang indah, mood juga baik. Teracun dengan kata-kata Kak Ayu tentang Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Perak, aku singgah jua untuk memenuhi permintaan mereka yang teringin nak makan mee udang. Ambil exit Changkat Jering cari jalan ke Kuala Sepetang. Adalah dalam 15km.


Kawasan kedai ini sangat luas. Kami sampai awal jadi masih lengang

Inilah dia rupa Mee Udangnya. Tidak sia-sia singgah. Melengkor-lengkor udangnya dalam mangkuk. Besar-besar dan yang paling penting segar. Lepas makan senyum lebarrrr..
Jadi tidak terkilanlah tidak makan mee udang di Teluk Kumbar dan Sg Dua.


Selesai makan teruskan jalan yang masih jauh. Singgah di RNR Tapah. Nak makan dah kenyang tapi sempat makan aiskrim lagi. Nah dapat penyakit. Entah apa yang tidak kena, perut aku meragam, mutah-muntah. Nasib mee udang tak keluar. hahaha.. Hajat hati nak masuk Sungkai dilupakan. Tetapi nasib juga tidak jadi kalau tidak hampa kerana kedai yang ingin dituju itu tutup pada hari Isnin dan Selasa. Jadi benarlah kata orang, yang terjadi itu ada hikmahnya. Situasi sudah tidak mengizinkan memandu jadi Cik Lin lah memandu bawa kami pulang ke Shah Alam dengan selamat.


Tamatlah kisah, misi beri saka makan yang tidak terancang. Namun tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Moga ketemu lagi dalam misi beri saka makan ke negeri lain.






Terima kasih buat sahabat saya Cik Yati dan Cik Lin. Lain kali kita jalan lagi. Yang indah dikenang sampai mati, yang buruk ditinggal pergi..


Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Pulau Pinang ( 2 November 2014 )


Hari kedua.

Hajat di hati nak terjah Nasi Kandar lagi yang dikatakan sedap untuk sarapan pagi tetapi dua orang sahabat saya sudah kibar bendera putih. Jadi  hasil bantuan makcik google, kami cuba ke jalan Transfer. Katanya Roti Bakar disana sedap juga kari roti canainya membuat orang ketagih. 2 kali pusing cari parking tidak jumpa kami lari sahaja ke Restoran Hameed Sup. Bukan makan sup yang terkenal tu tapi makan tosei dan roti canai sahaja. gambar??? lupa ambil. hehe..

Selesai sarapan, Kami ke Lorong Kulit. Ala-ala pasar pagi, pasar lambak, pasar malam, pasar tani. Gitulah umpamanya. Jalan sesak. Macam biasa, aku agak stress bila memandu di kawasan yang sibuk. Apa ada jual disana? Macam-macam. Meh cuci mata sikit.

Tv terpakai ada

Buku ada

Barang antik ada

Baju ada

Orang aje tak dijual



Disebabkan Lorong Kulit berhampiran dengan rumah P.Ramlee makanya kami menapaklah kesana. Sebelum ini aku tak pernah terdetik pun nak ke sana. Jadi bila sudah berada dalam kawasan yang sama, masuk sahajalah. Percuma sahaja.




Okay, disebabkan ini bukan lawatan kanak-kanak sekolah jadi aku kurang ambil gambar. hehe sebenarnya didalam tu tak boleh ambil gambar.


Selepas selesai cuci mata disana kami teruskan misi ke Balik Pulau mencari Laksa Janggus. Sahaja melayan perasaan sebelum makan, jalan ke Batu Feringghi. Keliling pulau pula nak sampai ke Balik Pulau. Sampai di sana terawal. Kedai belum buka jadi tunggu lah. Jam 3.30 kedai dibuka, kami duduk-duduk tunggu pelayan ambil order. Malangnya tak kunjung tiba, rupa-rupanya kena beratur. 


Inilah rupa kedainya

Beratur, sekejap sahaja barisan dah panjang

Aku sedih tengok ABC ni...hahaha, yang 2 orang tu pasrah jek sedut. Tetap tak boleh lawan ABC Bomba Larkin

Inilah rupa laksanya. Tidaklah juga sedap sesangat tetapi bolehlah dimakan. Kalau orang tanya , "Kau dah makan laksa Janggus?..Jadi bolehlah jawab..sudahhhh

Selain laksa disini ada jual pisang goreng. Ya, pisang goreng itu sedap walaupun di potong nipis. Gambar tiada. Bayangkan sendirilah.

Selesai makan, sepatutnya misi Beri Saka Makan selepas itu adalah Mee Udang Ayu di Teluk Kumbar. Kemudian ke Kampung Teluk Tempoyak untuk ikan bakar tetapi saat akhir aku setuju untuk bertemu dengan Kak Ayu di Permatang Pauh seberang sana. Gigih jugalah menyeberang jambatan nak ke seberang. Kalau sudah jodoh orang kata, bertemu jua. Ikut waze tunjuk jalan, kami sampai ke sana. Sementara menanti Kak Ayu tiba ditempat yang dijanjikan, kami pekena Rojak Tonggek dulu. Tepi jalan sahaja gerainya. Masyukkk.. Pasal apa nama rojak tonggek? hehe cuba tengok gambar bawah ni.

Nah! takut kuah kena baju bila nak makan tonggek sikit bagi elak..dapatlah nama..haha pandai-pandai aku jekkan.

Inilah buah-buahan yang dipotong kecil, dicucuk-cucuk lepas tu pi lah celup dalam mangkuk yang ada kuah tu.

Ini sebab tak cukup, dia bangun ambil lagi.


Selesai makan, Kak Ayu tiba. Makan lagi sekali. Adam Char Keow Teow. Memang keraslah perut asyik makan. Dah tak mampu makan tapi sebab tujuannya memang Kak Ayu nak bagi rasa Char Keow Teow yang sedap tu, kami order yang saiz kecil.

Sedap. Kalau perut kosong pasti order yang besar.

Selepas makan, Kak Ayu tanya nak makan Mee Udang Sg Dua ke?..hahaha..geleng kepala juga akhirnya saka-saka. Jadi kami ke Kedai Jeruk Pak Ali. Habis juga RM300.

Inilah kenangan dengan Kak Ayu. Depan kedai pun bolehlah. Terima kasih Kak Ayu sebab belanja makan. Ada rezeki kita bertemu lagi.

Selesai semuanya, kami kembali ke pulau semula. Balik ke hotel. Hajat dihati hanya nak tidur sahaja. Esok sudah mahu pulang. Tetapi seperti ada sesuatu yang kurang, Saka yang kecil sibuk mahu makan lagi. haha.. Gigih siap-siap turun ke bawah, jalan kaki ke Restoran Hameed Sup.

Depan kedai. Restoran ini berhadapan dengan Hotel Malaysia

Sup Ekor yang dihidang dengan 2 keping roti.

Kalau begini rupa mangkuknya..agak-agak sedap ke tidak? Jawab sendirilah.


Lengkaplah misi hari kedua. Heaven betul di Pulau Pinang ni dengan makanan. Mahu datang dan makan lagi? Sudah tentu kerana aku belum rasa Nasi Kandar Beratur.



Apalah yang indah dalam hidup yang singkat ini jika kita tidak menikmatinya. Biar masa silih berganti..Pulau Pinang tetap dihati..











Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Pulau Pinang ( 1 November 2014 )

Sudah lama tidak buat kerja gila. Kalau dahulu aku rajin berjalan kemana-mana, turun naik bas, keretapi, feri dan kereta sewa. Namun sejak makin meningkatnya usia, aktiviti itu agak perlahan sedikit.

Namun pada 1hb November 2014, Aku bersama dua lagi sahabat buat kerja gila menuju ke Utara. Kata Cik Lin sempena Hari Ulangtahun Kelahirannya. Aku hanya menurut perintah sahajalah memandu ke Utara. Misi kali ini bukanlah bersiar-siar menikmati keindahan alam tetapi Misi Memberi Saka makan. 

Jam 8 pagi bertolak dari Shah Alam. Terus bergerak sehingga tiba di RNR Tapah untuk bersarapan pagi.


Kali ini ingin merasa Jambatan kedua Pulau Pinang Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Panjang sangat dan rasanya cukuplah sekali itu melaluinya.





Lebih kurang jam 12 tengah hari kami tiba di Bandar Georgetown. Kali ini kami pilih Hotel Cititel yang lokasinya sangat strategik kerana betul-betul terletak di tengah bandar. Selesai memungah masuk semua bag, perut sudah lapar.



Turun bawah jalan kaki ke hadapan sedikit Line Clear sudah menanti. Jangan cerita banyaklah kita tengok jek gambar.


Nak kata kedai dalam bangunan tidak, kedai ni dilorong bangunan

Orang ramai disini

Inilah rupa Nasi Kandarnya. Ini Cik Lin punya. Ayam goreng, udang sekor, bendi dan timun. Harganya???..hehehe

Jangan sangka orang yang badan kecil ini tidak kuat makan. Katanya sambut hari lahirnya..jadi kita bagi can lah dia menikmati sepuas-puasnya.

Yang ini pulak cik Yati. Makan guna sudu sebab tak nak tangan bau kari.


Nah! ini harganya untuk tiga orang makan. siap masuk harga air semua sekali dalam RM89. Harga menu yang Cik Lin makan tu sahaja dah RM22.50. Kalau tanya saya berbaloi atau tidak, pada saya kedai ini hanya gahnya pada nama. kesedapan makanannya agak kurang dan lebih sedap lagi di kedai yang tiada nama.


Selepas selesai makan tengah hari balik ke bilik semula berehat sebentar. Lebih kurang jam 3 petang mulakan aktiviti meronda-ronda di Bandar Georgetown. Mari cuci mata, belanja sekeping dua gambar yang rajin di snap.































Tak larat nak letak caption satu-satu gambar..hehe, maaf model-model saya, model kampung jadi keras sedikit.

Sudah letih merayau-rayau, misi kedua makan-makan. Mee Sotong dan Air Kelapa Goncang..haha Coconut Shake dah. Tempat makan ni dekat dengan Padang Kota Lama.


Ini kedai coconut shake

Ini kedai Mee Sotong. Sebelah menyebelah. Kena beratur Okeyyy..

Inilah rupa Mee Sotong. Pertama kali makan, ada orang sombong tak nak...hehe..tapi kali ini dia yang beratur.

Coconut shake. ini kali kurang ummpphh. Air kelapa sudah rasa masam.

Nampak tak terujanya dia? Siap tapau balik hotel okeyy..


Tamat kisah hari pertama. Malam tidak keluar gara-gara Bola Sepak Akhir Piala Malaysia. JDT Vs Pahang. Keterujaan sedikit menurun gara-gara siaran terganggu kerana hujan. Habis perlawanan JDT kalah tapi saya senang hati sebab tetap kenyang makan mee sotong yang ditapau bawa pulang ke hotel itu.

Moga besday girl mendapat hadiah kenangan yang paling manis dalam hidupnya.



Sekian...