Thursday, August 13, 2009

oGoS SeRiBu KeNaNGaN

Kenapa tajuk ini? Bulan ini terlalu banyak aku kira yang berlaku. Sebahagiannya biar aku simpan jadi rahsia sendiri. Sebahagiannya akan aku kongsikan bersama disini.

Awal Ogos - Aku cukup sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Seolah-olah tiada penghujungnya. Cukup letih ada masanya rasa ingin pergi jauh. Bulan ini memaksa aku bawa kerja pejabat pulang ke rumah. Bulan ini juga cukup menguji diri aku sebagai manusia yang bernama kawan, teman, sahabat atau apa saja.

7 Ogos - Hari ini aku bertolak ke KL. Bersembang mengalahkan telah lama kenal. Tapi untuk pertama kalinya aku kenal dia. siapa agaknya.. Osh. Inilah kanak-kanak riang pada aku. Penghibur hati tak kira saat itu tengah berduka kita mampu bergelak tawa. Hari ini juga untuk pertama kali aku jumpa Abg Long, Presiden Alaf21 FC. Cukup sporting orangnya. Tak lokek berkongsi ilmu.





8 Ogos - RAMFC de Futsal. Andai ada yang tahu aku turun ke KL semata-mata untuk futsal. nampak gila sikit. Tapi entah apa yang buat aku tertarik ke sana aku pun kurang pasti. Yang pasti saat berkumpul beramai-ramai bersama ahli yang lain amat berharga dan rasa tidak mahu detik waktu itu berlalu. Untuk pertama kali juga bertemu dengan keluarga Papa Ibad. Ibad..senyuman Ibad cukup-cukup buat auntie semua tak tidur malam. Senyum macam Zizan Nin lah. Untuk Kak Arms yang pertama kali bersua muka, Kak Arms memang best. Berkumpul ramai-ramai seolah-olah satu keluarga, berkongsi cerita, berkongsi duka, berkongsi rahsia. Andai masa dapat ku undur ingin aku putarkan kembali waktu yang berlalu itu. Terima kasih pada Kak Ina dan Elle yang sudi melayan waktu aku dirumah kalian, terima kasih pada Attokz yang sudi belanja minum, terima kasih pada Osh dan Nuar yang sudi belanja makan malam, Terima kasih pada Abg Web yang menaja makanan dan tak lokek berkongsi cerita tentang novel, terima kasih tuk Fiza yang buat puding roti. Terima kasih tuk budi baik kalian. Tiada sedetik waktu pun aku rasa kesunyian bila dikelilingi oleh kalian semua. Kepada mereka yang tidak ku sebutkan nama bukan beerti aku lupa . Tapi kalian juga adalah pelengkap jalan cerita disana. Terima kasih semua.

9 Ogos - Rasa berat hati nak balik. Macam biasa cik ibu pengasas RAMFC cukup setia menghantar aku ke Puduraya. Terima kasih Elle. Walaupun tiket pukul 1 aku lebur macam tu saja tapi rasanya cukup berbaloi sebab dapat panjangkan waktu sedikit cuma untuk makan bersama. (Maaf..memang jadi kebiasaan bila mengadap makanan aku akan terlupa ambil gambar.)

Hari ini tiada lagi gelak tawa. Memori semalam terpahat dalam lubuk jiwa. Aku pasti kita semua akan berkumpul lagi mengulangi detik waktu yang penuh dengan ceria.

13 Ogos - Hari ini aku demam lagi. Setiap kali tarikh ini aku akan begini. Sejak 2001. Kenapa ye? Tarikh ini adalah tarikh perginya seorang insan yang sangat aku sayang. Aku amat rindukan dirinya. Tarikh ini menjadi saksi dia pergi tak akan kembali. Tarikh ini telah jadikan aku seorang anak yatim. Abah.. akan ku pegang janji ku padamu saat kau terlantar sakit. Ia keluarga kita tetap akan terbela. Akan aku laksanakan setiap amanat mu itu. Bersemadilah dengan aman disana.

Hari Esok- Esok yang belum tiba. Tiada siapa yang dapat menduga. Kita merencanakan sesuatu tapi hanya DIA jua yang maha Mengetahui.

Buat pengetahuan teman-teman. Genap sudah usia perkenalan di RAMFC setahun. Bulan Ogos tarikh mulanya perkenalanan di chat box kelab RAMFC. Siapa sangka dari alam maya ia menghubungkan banyak jiwa untuk berkongsi warna-warna dalam kehidupan. Aku kira tak salah kalau aku nyatakan aku, Elle, Kak Illa adalah perintis dalam chat box itu. Hingga saat ini kami masih kekal disitu. Kepada sahabat awal chat box RAMFC aku harap dapat berkumpul kembali. Marilah sama-sama kita meriahkan kembali.