Monday, January 20, 2014

2014



Diam tak diam sudah 20 hari di tahun 2014. Masa pantas berlalu. 2013, suka duka tangis dan ketawa melengkapi perjalanannya. Penuh dengan pengalaman yang mendewasakan.

Keluarga.. Mudah-mudahan tahun ini akan ada sesuatu yang membahagiakan. Moga kita sekeluarga dalam lindungan dan rahmatNya.

Kerjaya.. Apalagi yang aku harapkan selain...selain naik gaji..haha2..juga moga ada perubahan.

Kelab RAMFC.. Melangkah ke tahun yang ke 7. Hebatkan. Moga terus menjadi medan perkongsian ilmu dan minat yang sama.

Sahabat yang aku kasihi.. Semoga kalian semua sentiasa dalam keberkatanNYA. Dimana sahaja kalian berada, moga kejayaan sentiasa mengiringi. Terima kasih atas talian persaudaran, terima kasih atas kasih sayang, terima kasih kerana sentiasa ada.


Tahun 2014... semoga impian akan terlaksana.



# jangan takut membina impian..tetapi takutlah jika tiada impian.