Wednesday, November 11, 2009

DaH BeRMuLa


Terlalu lama aku rasa menyepi. Tiada apa cerita aku kongsi bersama. Masa terlalu padat dengan aktiviti dan juga kerja yang tidak pernah melihatkan petunjuk akan reda. Rasa ingin persetan semuanya tapi aku tetap tidak mampu ketepikan tuntutan duniawi ni.

Ahhh!! apa lagi aku harus lakukan selain meneruskan apa yang telah aku mulakan..

Ketepikan seketika segala perkara yang mengusutkan kepala dan juga jiwa. Projek cendawan aku bermula kembali untuk kali kedua. Namun kali ini bongkah cendawan dikurangkan kerana tidak mahu berlaku lagi seperti yang sebelumnya tiada tempat untuk diletak.






Perancangan tahun hadapan cukup padat. Tapi mampukah aku laksanakan? Saat aku sudah mahu melakukan perubahan ...saat inilah juga pembantu dah lari...ahakss..payah betul. Bermula kembali seperti 2 tahun lalu , aku sendirian bekerja. Terasa juga patah tangan rasanya. Yang pergi entah ingin kembali atau tidak ..yang pasti yang akan datang entah sama dengan yang lama atau tidak. Para bos diluar ingatlah.."Kalau kita jadi bos kena baikkk... jangan kedekut bagi gaji naik..ahakss...Khas aku tujukan kepada bos aku jugak...

Rancangan yang diatur akan aku teruskan. Inilah cabaran aku..dan aku tahu setiap cabaran yang aku sahut ada ganjarannya. "Agi Idup, Agi Ngelaban!" ..betul ke tak ni..Aku cuma harapkan para sahabat doakan kejayaan setiap langkah ku..

Wednesday, October 21, 2009

aBaDiKaN KeNaNGaN MaNiS...

Apa kaitan dengan tajuk nie..ahaks... takde apa-apa.Aku cuma nak tolong Promosi Blog member jek... Bantu kawan tuk membina empayarnya..Semoga dia berjaya dan aku juga tumpang gembira..
Kepada mereka yang akan atau sedang merancang mencari jurukamera tuk majlis perkahwinan... anda bolehlah singgah ke website nie tuk melihat hasil kerja yang telah dilaksanakan..mana tau boleh membantu anda menyelesaikan masalah.. Dijamin puashati..sebab apa aku kata begitu...kerana aku kenal siapa yang bekerja dibelakang tabirnya.
Jangan lupa Kawan-kawan...singgah disini.. http://faizsalleh.com/ atau hubungi (+60)17 724 8181 atau faiz@heroes.my ( sila berhubung dengan Faiz.. harga boleh dirunding..)

Monday, October 5, 2009

JoM Ke SiNi

Hari Raya selalunya orang akan beraya sakan ke rumah sedara mara, tapi kali ini aku ubah cara sedikit. Agak tegang kehidupan sejak kebelakangan nie. Dari hal kehidupan sendiri hinggalah hal kerja. Terlalu menyesakkan kepala. Kesempatan cuti raya yang ada aku gunakan tuk bercuti. Mencari semangat baru tuk mulakan kembali kerja-kerja yang dah tertangguh.

Kemana aku hilangkan diri?.... Ahakss...dulu aku tak nampak jalan ke sini. Sekarang lampu dah siap pasang..

Layan gambar jeklah yer.


Kat mana nie? Aku ke sini sebab terpengaruh juga dengan percutian Elle.


Cantik chalet kat sini. Harga pun pada aku dah kira murahlah nie.


Landskap pun cantik juga.


Memang boleh mencari ketenangan disini.




Aku ke sini bukan tuk merenung bulan tau...


Kalau dah berjalan memang tak sah mencari tempat makan yang dikira popular. Kali nie aku pegi kat satu kedai kopitiam. Nie pun si Elle yang promote kat aku. Kedai Kopi Hai Peng.


Ramai orang masa aku sampai sini. Penuh semua kerusi.


Cantik juga deko dalam kedai nie. Siap ada plak Jalan-Jalan Cari Makan nie.



Macam-macam barang ada dalam kedai nie. Yang pasti banyak kopilah.


Aku dah hirup nak abis baru teringat gambar lum ambik lagi. Boleh tahanlah kopi nie


Sendiri mau fikirlah. Kalau tak sedap takkan aku beli sekotak kopi nie bawa balik.

Tapi kemana aku pergi yer. Korang carilah sendiri lokasinya.


Sebelum terlupa...Inilah org yang jadi teman bercuti AKA Pemandu Pelancong
Tapi aku tetap drivernya..ahakssss.. Jangan marah Kak Illa. Terima kasih sebab sudi jadi teman bercuti Sue kali nie dan juga terima kasih sebab siap bekalkan biskut raya tuk bawak balik lagi.

P/s: Sebelum terlupa lagi sekali..terima kasih pada Kanda Teja yang menjamu aku ngan KaK Illa dengan jamuan yang cukup lumayan orang kata. Sampai bertambah kami makan. Tapi mcm biasa aku lupa ambik gambar. Terima kasih juga sebab susah-susah jek buatkan cup cake tuk aku ngan Kak Illa. Memang sedaplah.

Tuesday, September 29, 2009

KHaS aiDiLFiTRi

Dah lama dibiarkan bersawang blog aku nie.Tiada cerita baru, ditambah dengan mood malas yang amat. Hari ni baru mula kerja. Hari nie merajinkan diri untuk bersihkan sawang-sawang yang dah penuh dalam rumah nie.



Layan gambar jelah ye. Aku dah tak reti nak bercerita dah nie.



Nie sebahagian ahli keluarga aku.
( dari kiri..Zura (anak buah aku yg study kat Mesir.... Anak Kak Siti). Kak Siti (kak Ipar aku), Ehemmm..yang sebelah dia tu pikir sendiri lah yer, Apiz (satu-satunya adik lelaki aku, Kak Ina (akak no 2), Kak Sal (akak yang sulung...yang sulung perempuanlah tapi dia no 2 ikut susunan adik beradik)
Yang depan kecik sekali tu...Aina (anak buah aku.. anak Kak Sal), yang tengah-tengah nie pulak...Bonda tercinta..sebelah Bonda lak Izati (anak buah ..anak Kak Sal) dan yang terakhir sekali Aliff (anak buah aku..anak Kak Ina)
(tiada dalam gambar..Abg aku, abg Zul (abg ipar aku), Amirul Afifi, Amirul Asyraf, Amirul Aiman Haikal dan Nurjannah (anak buah aku @ anak Kak Sal dan Abg Zul.)



Yang nie keluarga kakak aku.. lengkap semua ada nie.
Anak dengan mak dan ayah dah sama besar dah

Yang ini... pose istimewa buat semua. Ahakkksss...

Buat kalian semua..teman-teman blog, teman-teman seperjuangan dalam apa jua bidang, teman-teman sekolah yg dah bersepah entah dimana termasuk teman-teman sekuliah di UTM yang juga makin hilang khabar berita ...semoga kalian berbahagia selalu dan rasanya belum terlewat tuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ... Maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 4, 2009

TiaDa CeRiTa

Sejak entri 13 Ogos lepas hingga saat ini aku tercari-cari apa lagi nak aku coretkan disini. Ingin luahkan rahsia hati rasanya tidak sesuai. Tapi aku sedang dilanda satu gelombang dalam hidup. Ahh entah apa tsunami yang melanda kehidupan aku bertukar segalanya. Sehingga ada waktunya aku bertanya dunia aku kah ini?. Tapi aku bahagia saat ini. Sangat-sangat bahagia. Walau ada mata yang jelek memandang, walau ada hati yang terluka, walau ada yang menjadi mangsa, walau ada yang gembira, yang pasti aku bahagia. Salahkah aku merasa bahagia?...


Aku ingin bahagia selamanya.. Namun esok masih belum pasti.. Apa yang akan terjadi..Segalanya masih kabur dan tiada bayangan langsung. Untuk seketika izinkan aku bahagia.. Kalau satu masa nanti ia hilang dari mata tapi ia tetap dihati sebagai satu kenangan manis yang abadi....


Pada yang memahami...aku cuma pinta sedikit ruang untuk menikmati kebahagiaan ini. Pada yang tidak mengerti , pada kalian aku mohon doakan aku sentiasa bahagia.

Thursday, August 13, 2009

oGoS SeRiBu KeNaNGaN

Kenapa tajuk ini? Bulan ini terlalu banyak aku kira yang berlaku. Sebahagiannya biar aku simpan jadi rahsia sendiri. Sebahagiannya akan aku kongsikan bersama disini.

Awal Ogos - Aku cukup sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Seolah-olah tiada penghujungnya. Cukup letih ada masanya rasa ingin pergi jauh. Bulan ini memaksa aku bawa kerja pejabat pulang ke rumah. Bulan ini juga cukup menguji diri aku sebagai manusia yang bernama kawan, teman, sahabat atau apa saja.

7 Ogos - Hari ini aku bertolak ke KL. Bersembang mengalahkan telah lama kenal. Tapi untuk pertama kalinya aku kenal dia. siapa agaknya.. Osh. Inilah kanak-kanak riang pada aku. Penghibur hati tak kira saat itu tengah berduka kita mampu bergelak tawa. Hari ini juga untuk pertama kali aku jumpa Abg Long, Presiden Alaf21 FC. Cukup sporting orangnya. Tak lokek berkongsi ilmu.





8 Ogos - RAMFC de Futsal. Andai ada yang tahu aku turun ke KL semata-mata untuk futsal. nampak gila sikit. Tapi entah apa yang buat aku tertarik ke sana aku pun kurang pasti. Yang pasti saat berkumpul beramai-ramai bersama ahli yang lain amat berharga dan rasa tidak mahu detik waktu itu berlalu. Untuk pertama kali juga bertemu dengan keluarga Papa Ibad. Ibad..senyuman Ibad cukup-cukup buat auntie semua tak tidur malam. Senyum macam Zizan Nin lah. Untuk Kak Arms yang pertama kali bersua muka, Kak Arms memang best. Berkumpul ramai-ramai seolah-olah satu keluarga, berkongsi cerita, berkongsi duka, berkongsi rahsia. Andai masa dapat ku undur ingin aku putarkan kembali waktu yang berlalu itu. Terima kasih pada Kak Ina dan Elle yang sudi melayan waktu aku dirumah kalian, terima kasih pada Attokz yang sudi belanja minum, terima kasih pada Osh dan Nuar yang sudi belanja makan malam, Terima kasih pada Abg Web yang menaja makanan dan tak lokek berkongsi cerita tentang novel, terima kasih tuk Fiza yang buat puding roti. Terima kasih tuk budi baik kalian. Tiada sedetik waktu pun aku rasa kesunyian bila dikelilingi oleh kalian semua. Kepada mereka yang tidak ku sebutkan nama bukan beerti aku lupa . Tapi kalian juga adalah pelengkap jalan cerita disana. Terima kasih semua.

9 Ogos - Rasa berat hati nak balik. Macam biasa cik ibu pengasas RAMFC cukup setia menghantar aku ke Puduraya. Terima kasih Elle. Walaupun tiket pukul 1 aku lebur macam tu saja tapi rasanya cukup berbaloi sebab dapat panjangkan waktu sedikit cuma untuk makan bersama. (Maaf..memang jadi kebiasaan bila mengadap makanan aku akan terlupa ambil gambar.)

Hari ini tiada lagi gelak tawa. Memori semalam terpahat dalam lubuk jiwa. Aku pasti kita semua akan berkumpul lagi mengulangi detik waktu yang penuh dengan ceria.

13 Ogos - Hari ini aku demam lagi. Setiap kali tarikh ini aku akan begini. Sejak 2001. Kenapa ye? Tarikh ini adalah tarikh perginya seorang insan yang sangat aku sayang. Aku amat rindukan dirinya. Tarikh ini menjadi saksi dia pergi tak akan kembali. Tarikh ini telah jadikan aku seorang anak yatim. Abah.. akan ku pegang janji ku padamu saat kau terlantar sakit. Ia keluarga kita tetap akan terbela. Akan aku laksanakan setiap amanat mu itu. Bersemadilah dengan aman disana.

Hari Esok- Esok yang belum tiba. Tiada siapa yang dapat menduga. Kita merencanakan sesuatu tapi hanya DIA jua yang maha Mengetahui.

Buat pengetahuan teman-teman. Genap sudah usia perkenalan di RAMFC setahun. Bulan Ogos tarikh mulanya perkenalanan di chat box kelab RAMFC. Siapa sangka dari alam maya ia menghubungkan banyak jiwa untuk berkongsi warna-warna dalam kehidupan. Aku kira tak salah kalau aku nyatakan aku, Elle, Kak Illa adalah perintis dalam chat box itu. Hingga saat ini kami masih kekal disitu. Kepada sahabat awal chat box RAMFC aku harap dapat berkumpul kembali. Marilah sama-sama kita meriahkan kembali.



Monday, July 20, 2009

KuNJuNG HoRMaT TuK AJK DaRi SaRaWaK

19 Julai 2009 tuk pertama kalinya bersua muka dengan Fyena. Ajk Kelab RAMFC dr Sarawak ni, kini akan menjadi warga Parit Raja kerana melanjutkan pelajaran di UTHM atau lebih dikenali dengan nama KuITHO. Pertemuan ini tidak aku rancang kerana seperti biasa jika dirancang pasti tak menjadi.

Kesempatan waktu cuti yang ada aku gunakan tuk melawat Fyena disana. Orangnya kecil molek, pemalu tapi tetap peramah. Disebabkan tidak dirancang makanya aku pun tak tau mana nak bawa Fyena. Tanpa perancangan kita jadi tidak teraturkan? Aku lebih suka secara santai dari formal. Orang kata lebih mesrakan.

Aku sampai di tempat Fyena kul 11 pagi. Ambik dia bawa ke BP Mall. Pegi makan di Rasa Mas sambil sembang-sembang. Pastu pegi kedai buku. Heheh..disebabkan kenal pun atas Kelab novel maka bagi penghormatan kat kedai buku sebagai xtvt pertemuan jugak.

( Dia malu masa aku nak ambik gambar..tapi sebab kata Kak Illa yang suruh ambik dia pose gak lah)


Lain kali kita jumpa lagi ye Fyena. Sebelum kena baling dengan periuk api ..tuk org Kuantan Sabo yer..Sabo banyak-banyak..Lampu-lampu jalan sedang di pasang sepanjang jalan Segamat ke Kuantan. Bagi terang dulu lah yer..Sebab sekarang gelap sangat tak nampak jalan. Ahaksss...




( Dia boleh menyorok belakang aku..senangkan nak main sorok2..ahakss))