Sunday, November 9, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Pulau Pinang ( 2 November 2014 )


Hari kedua.

Hajat di hati nak terjah Nasi Kandar lagi yang dikatakan sedap untuk sarapan pagi tetapi dua orang sahabat saya sudah kibar bendera putih. Jadi  hasil bantuan makcik google, kami cuba ke jalan Transfer. Katanya Roti Bakar disana sedap juga kari roti canainya membuat orang ketagih. 2 kali pusing cari parking tidak jumpa kami lari sahaja ke Restoran Hameed Sup. Bukan makan sup yang terkenal tu tapi makan tosei dan roti canai sahaja. gambar??? lupa ambil. hehe..

Selesai sarapan, Kami ke Lorong Kulit. Ala-ala pasar pagi, pasar lambak, pasar malam, pasar tani. Gitulah umpamanya. Jalan sesak. Macam biasa, aku agak stress bila memandu di kawasan yang sibuk. Apa ada jual disana? Macam-macam. Meh cuci mata sikit.

Tv terpakai ada

Buku ada

Barang antik ada

Baju ada

Orang aje tak dijual



Disebabkan Lorong Kulit berhampiran dengan rumah P.Ramlee makanya kami menapaklah kesana. Sebelum ini aku tak pernah terdetik pun nak ke sana. Jadi bila sudah berada dalam kawasan yang sama, masuk sahajalah. Percuma sahaja.




Okay, disebabkan ini bukan lawatan kanak-kanak sekolah jadi aku kurang ambil gambar. hehe sebenarnya didalam tu tak boleh ambil gambar.


Selepas selesai cuci mata disana kami teruskan misi ke Balik Pulau mencari Laksa Janggus. Sahaja melayan perasaan sebelum makan, jalan ke Batu Feringghi. Keliling pulau pula nak sampai ke Balik Pulau. Sampai di sana terawal. Kedai belum buka jadi tunggu lah. Jam 3.30 kedai dibuka, kami duduk-duduk tunggu pelayan ambil order. Malangnya tak kunjung tiba, rupa-rupanya kena beratur. 


Inilah rupa kedainya

Beratur, sekejap sahaja barisan dah panjang

Aku sedih tengok ABC ni...hahaha, yang 2 orang tu pasrah jek sedut. Tetap tak boleh lawan ABC Bomba Larkin

Inilah rupa laksanya. Tidaklah juga sedap sesangat tetapi bolehlah dimakan. Kalau orang tanya , "Kau dah makan laksa Janggus?..Jadi bolehlah jawab..sudahhhh

Selain laksa disini ada jual pisang goreng. Ya, pisang goreng itu sedap walaupun di potong nipis. Gambar tiada. Bayangkan sendirilah.

Selesai makan, sepatutnya misi Beri Saka Makan selepas itu adalah Mee Udang Ayu di Teluk Kumbar. Kemudian ke Kampung Teluk Tempoyak untuk ikan bakar tetapi saat akhir aku setuju untuk bertemu dengan Kak Ayu di Permatang Pauh seberang sana. Gigih jugalah menyeberang jambatan nak ke seberang. Kalau sudah jodoh orang kata, bertemu jua. Ikut waze tunjuk jalan, kami sampai ke sana. Sementara menanti Kak Ayu tiba ditempat yang dijanjikan, kami pekena Rojak Tonggek dulu. Tepi jalan sahaja gerainya. Masyukkk.. Pasal apa nama rojak tonggek? hehe cuba tengok gambar bawah ni.

Nah! takut kuah kena baju bila nak makan tonggek sikit bagi elak..dapatlah nama..haha pandai-pandai aku jekkan.

Inilah buah-buahan yang dipotong kecil, dicucuk-cucuk lepas tu pi lah celup dalam mangkuk yang ada kuah tu.

Ini sebab tak cukup, dia bangun ambil lagi.


Selesai makan, Kak Ayu tiba. Makan lagi sekali. Adam Char Keow Teow. Memang keraslah perut asyik makan. Dah tak mampu makan tapi sebab tujuannya memang Kak Ayu nak bagi rasa Char Keow Teow yang sedap tu, kami order yang saiz kecil.

Sedap. Kalau perut kosong pasti order yang besar.

Selepas makan, Kak Ayu tanya nak makan Mee Udang Sg Dua ke?..hahaha..geleng kepala juga akhirnya saka-saka. Jadi kami ke Kedai Jeruk Pak Ali. Habis juga RM300.

Inilah kenangan dengan Kak Ayu. Depan kedai pun bolehlah. Terima kasih Kak Ayu sebab belanja makan. Ada rezeki kita bertemu lagi.

Selesai semuanya, kami kembali ke pulau semula. Balik ke hotel. Hajat dihati hanya nak tidur sahaja. Esok sudah mahu pulang. Tetapi seperti ada sesuatu yang kurang, Saka yang kecil sibuk mahu makan lagi. haha.. Gigih siap-siap turun ke bawah, jalan kaki ke Restoran Hameed Sup.

Depan kedai. Restoran ini berhadapan dengan Hotel Malaysia

Sup Ekor yang dihidang dengan 2 keping roti.

Kalau begini rupa mangkuknya..agak-agak sedap ke tidak? Jawab sendirilah.


Lengkaplah misi hari kedua. Heaven betul di Pulau Pinang ni dengan makanan. Mahu datang dan makan lagi? Sudah tentu kerana aku belum rasa Nasi Kandar Beratur.



Apalah yang indah dalam hidup yang singkat ini jika kita tidak menikmatinya. Biar masa silih berganti..Pulau Pinang tetap dihati..











No comments: