Friday, September 16, 2016

Tebal Mana SabarMu

Tika diri belajar untuk terus menjadi manusia penyabar,
Tika diri belajar untuk abaikan demi kebaikan,
Tika diri belajar untuk senyum pada kesulitan,
Tika diri sabar dari menjadi kesukaan syaitan kerana marah.

Dan ketika itulah hati diuji maha hebatnya.
Syaitan memalu gendang agar kau ikut tarinya.
Mampukah kau terus sabar dan bersabar.
Tebal mana sabar mu.