Wednesday, October 21, 2009

aBaDiKaN KeNaNGaN MaNiS...

Apa kaitan dengan tajuk nie..ahaks... takde apa-apa.Aku cuma nak tolong Promosi Blog member jek... Bantu kawan tuk membina empayarnya..Semoga dia berjaya dan aku juga tumpang gembira..
Kepada mereka yang akan atau sedang merancang mencari jurukamera tuk majlis perkahwinan... anda bolehlah singgah ke website nie tuk melihat hasil kerja yang telah dilaksanakan..mana tau boleh membantu anda menyelesaikan masalah.. Dijamin puashati..sebab apa aku kata begitu...kerana aku kenal siapa yang bekerja dibelakang tabirnya.
Jangan lupa Kawan-kawan...singgah disini.. http://faizsalleh.com/ atau hubungi (+60)17 724 8181 atau faiz@heroes.my ( sila berhubung dengan Faiz.. harga boleh dirunding..)

Monday, October 5, 2009

JoM Ke SiNi

Hari Raya selalunya orang akan beraya sakan ke rumah sedara mara, tapi kali ini aku ubah cara sedikit. Agak tegang kehidupan sejak kebelakangan nie. Dari hal kehidupan sendiri hinggalah hal kerja. Terlalu menyesakkan kepala. Kesempatan cuti raya yang ada aku gunakan tuk bercuti. Mencari semangat baru tuk mulakan kembali kerja-kerja yang dah tertangguh.

Kemana aku hilangkan diri?.... Ahakss...dulu aku tak nampak jalan ke sini. Sekarang lampu dah siap pasang..

Layan gambar jeklah yer.


Kat mana nie? Aku ke sini sebab terpengaruh juga dengan percutian Elle.


Cantik chalet kat sini. Harga pun pada aku dah kira murahlah nie.


Landskap pun cantik juga.


Memang boleh mencari ketenangan disini.




Aku ke sini bukan tuk merenung bulan tau...


Kalau dah berjalan memang tak sah mencari tempat makan yang dikira popular. Kali nie aku pegi kat satu kedai kopitiam. Nie pun si Elle yang promote kat aku. Kedai Kopi Hai Peng.


Ramai orang masa aku sampai sini. Penuh semua kerusi.


Cantik juga deko dalam kedai nie. Siap ada plak Jalan-Jalan Cari Makan nie.



Macam-macam barang ada dalam kedai nie. Yang pasti banyak kopilah.


Aku dah hirup nak abis baru teringat gambar lum ambik lagi. Boleh tahanlah kopi nie


Sendiri mau fikirlah. Kalau tak sedap takkan aku beli sekotak kopi nie bawa balik.

Tapi kemana aku pergi yer. Korang carilah sendiri lokasinya.


Sebelum terlupa...Inilah org yang jadi teman bercuti AKA Pemandu Pelancong
Tapi aku tetap drivernya..ahakssss.. Jangan marah Kak Illa. Terima kasih sebab sudi jadi teman bercuti Sue kali nie dan juga terima kasih sebab siap bekalkan biskut raya tuk bawak balik lagi.

P/s: Sebelum terlupa lagi sekali..terima kasih pada Kanda Teja yang menjamu aku ngan KaK Illa dengan jamuan yang cukup lumayan orang kata. Sampai bertambah kami makan. Tapi mcm biasa aku lupa ambik gambar. Terima kasih juga sebab susah-susah jek buatkan cup cake tuk aku ngan Kak Illa. Memang sedaplah.