Wednesday, November 11, 2009

DaH BeRMuLa


Terlalu lama aku rasa menyepi. Tiada apa cerita aku kongsi bersama. Masa terlalu padat dengan aktiviti dan juga kerja yang tidak pernah melihatkan petunjuk akan reda. Rasa ingin persetan semuanya tapi aku tetap tidak mampu ketepikan tuntutan duniawi ni.

Ahhh!! apa lagi aku harus lakukan selain meneruskan apa yang telah aku mulakan..

Ketepikan seketika segala perkara yang mengusutkan kepala dan juga jiwa. Projek cendawan aku bermula kembali untuk kali kedua. Namun kali ini bongkah cendawan dikurangkan kerana tidak mahu berlaku lagi seperti yang sebelumnya tiada tempat untuk diletak.






Perancangan tahun hadapan cukup padat. Tapi mampukah aku laksanakan? Saat aku sudah mahu melakukan perubahan ...saat inilah juga pembantu dah lari...ahakss..payah betul. Bermula kembali seperti 2 tahun lalu , aku sendirian bekerja. Terasa juga patah tangan rasanya. Yang pergi entah ingin kembali atau tidak ..yang pasti yang akan datang entah sama dengan yang lama atau tidak. Para bos diluar ingatlah.."Kalau kita jadi bos kena baikkk... jangan kedekut bagi gaji naik..ahakss...Khas aku tujukan kepada bos aku jugak...

Rancangan yang diatur akan aku teruskan. Inilah cabaran aku..dan aku tahu setiap cabaran yang aku sahut ada ganjarannya. "Agi Idup, Agi Ngelaban!" ..betul ke tak ni..Aku cuma harapkan para sahabat doakan kejayaan setiap langkah ku..