Showing posts with label Projek Cendawan. Show all posts
Showing posts with label Projek Cendawan. Show all posts
Wednesday, November 11, 2009
DaH BeRMuLa
Terlalu lama aku rasa menyepi. Tiada apa cerita aku kongsi bersama. Masa terlalu padat dengan aktiviti dan juga kerja yang tidak pernah melihatkan petunjuk akan reda. Rasa ingin persetan semuanya tapi aku tetap tidak mampu ketepikan tuntutan duniawi ni.
Ahhh!! apa lagi aku harus lakukan selain meneruskan apa yang telah aku mulakan..
Ketepikan seketika segala perkara yang mengusutkan kepala dan juga jiwa. Projek cendawan aku bermula kembali untuk kali kedua. Namun kali ini bongkah cendawan dikurangkan kerana tidak mahu berlaku lagi seperti yang sebelumnya tiada tempat untuk diletak.
Perancangan tahun hadapan cukup padat. Tapi mampukah aku laksanakan? Saat aku sudah mahu melakukan perubahan ...saat inilah juga pembantu dah lari...ahakss..payah betul. Bermula kembali seperti 2 tahun lalu , aku sendirian bekerja. Terasa juga patah tangan rasanya. Yang pergi entah ingin kembali atau tidak ..yang pasti yang akan datang entah sama dengan yang lama atau tidak. Para bos diluar ingatlah.."Kalau kita jadi bos kena baikkk... jangan kedekut bagi gaji naik..ahakss...Khas aku tujukan kepada bos aku jugak...
Rancangan yang diatur akan aku teruskan. Inilah cabaran aku..dan aku tahu setiap cabaran yang aku sahut ada ganjarannya. "Agi Idup, Agi Ngelaban!" ..betul ke tak ni..Aku cuma harapkan para sahabat doakan kejayaan setiap langkah ku..
Friday, January 23, 2009
BeRBaLoi RaSaNYa
Kesabaran tu membuahkan hasil. Walaupun hari-hari yang aku lalui sekarang nie terasa padat sangat aktivitinya tapi kali nie aku rasa berbaloi sangat. Takde kata boleh digambarkan cuma gambar saja yang dapat menggambarkan betapa ia betul-betul buat aku dan keluarga gembira.
Monday, January 5, 2009
DaH KeLuaR DaH!!!
Semalam aku betul-betul gembira. Bag percubaan kedua yang aku buka ada yang menampakkan hasil yang positif. Mungkin kali pertama bag belum cukup matang dan juga suhu tinggi sangat. Percubaan kedua ini gak masih lum banyak bag yang keluar. Tapi punca kenapa dan mengapa cendawan tak keluar aku dah dapat kesan.
Tuesday, December 23, 2008
aPa LaGi DuGaaN Nie..
Sepatutnya aku dah boleh buka penutup bag cendawan tu semalam tapi entah kat mana silapnya misileum dalam bag tu cam lambat nak matang. Pening gak memikirkannya nie. Nak tergelak pun ada juga nie yelah, agaknya misileum nie merajuk gaknye. Semalam satu malam aku termenung dalam bangsal nak telefon Am rasanya macam tak sesuai je masanya..maklumlah Si Am baru je melangsungkan perkhawinannya..hehehe faham-faham jelah takkan aku nak kacau daun. Abg ipar aku pun dah garu kepala gak memikirkannya..hehehe napa ye cam terencat je pertumbuhan misileum nie?
Puas termenung sampai kul 1 pagi dalam bangsal. Aku rasa aku kena sabar seminggu lagi nie. Mungkin dalam minggu nie kena minta tolong Am datang tengok semula keadaan bag-bag nie.
Untuk para sahabat..doakanlah yer masalah aku nie selesai. Dan maaf kerana buat kalian ternanti-nanti laporan seterusnya. Kalau kalian semua pun tak sabar tengok hasilnya apatah lagi diri aku sendiri.

Saturday, December 13, 2008
HaRaP BeRSaBaR SeMua..
Saya menerima banyak pertanyaan dari teman-teman tentang projek cendawan saya ini. Terima Kasih kerana anda sama-sama berasa teruja dengan aktiviti saya ini. Untuk makluman para sahabat sekalian saya kena menunggu tempoh matang bag iaitu sehingga mesilium memenuhi bag-bag tersebut barulah saya akan membuka penutup bag untuk mengeluarkan cendawan. Saya perlu menunggu keadaan tersebut agar cendawan dapat dihasilkan dengan baik. Ini kerana bag yang tidak cukup matang mungkin tidak dapat menggeluarkan cendawan atau memberi hasil yang kurang baik.
Saya sendiri tidak sabar menanti masa itu tiba. InsyaAllah saya akan buka penutup bag pada 20/12/2008 atau bergantung lagi pada keadaan miselium pada bag tersebut.
Untuk pengetahuan mereka yang mengikuti perkembangan saya dari awal, seperti yang diketahui bangsal saya tidak muat ketika bag-bag itu sampai. Saya telah menambah rak di dalam bangsal dan kini hanya ada dalam 60 bag sahaja lagi yang diluar bangsal dari 300 bag.
Segala perkembangan saya akan sentiasa laporkan untuk tatapan rakan-rakan semua. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan galakkan pada saya. Harap Bersabar ye semua...

Monday, December 1, 2008
DaH CaRi KeJe BuaTLaH BeTuL2
Semalam Hari Ahad 30 November 2008...Hari yg betul-betul meletihkan..Pukul 3 petang aku dah gerak ke Benut, Pontian. Pergi ke tempat Am ambik bag-bag cendawan...berpusing2 cari rumah dia. Sampai rumah Am, aku dah terkejut giler banyaknyer bag2 nie..2 kereta tak muat..Am terpaksa tolong hantarkan bakinya...
Sampai rumah dah pukul 8.30 malam..Satu family bergotong royong tolong punggah bag-bag cendawan dari kereta.Susun punya susun seperti yang aku jangkakan dari awal masa kat rumah Am..rumah cendawan aku tak muat..Ada baki 300 bag lagi tak dapat dimasukkan dalam rumah cendawan tu...Wah..gawat..pening kepala aku..cam mana nie? Nak termenung hari makin lewat malam..makanya terpaksalah aku susun je bag-bag cendawan di rak luar buat sementara waktu nie. Adeh nie kes dah silap anggarlah..tapi naluri aku dah rasa jugak lain macam tapi aku biarkan je then ikut jelah kata mereka yang lain..muat..muat..cukup..cukup..nah sekarang terlebih sudah..kena kuar duit lagilah buat bangsal sementara..tak pun pasang net hitam je nie buat tirai..ini pengajaran paling penting dalam keje nie..salah satu dugaan untuk permulaan agaknya..tapi aku rasa semakin lapang dada hari ini kerana ia bukanlah masalah besar rasanya. Aku yakin ada penyelesaian utk 300 bag nie...Terima Kasih untuk Mak..akak-akak aku, Abg Zul , anak-anak saudara aku yang ringan tulang membantu dan juga utk org nun jauh di sana yg sudi dengar luahan hati aku walaupun jam dah tunjuk kul 1 pagi ..Thanks Sis..

Lepas nie kena tunggu 3 minggu lagi yer citer pasal cendawan. 3 minggu lagi tempoh matang bag-bag ni aku buka tutup bag untuk membolehkan proses mengeluarkan cendawan lak. Kita tengoklah nanti cendawan nie nak kuar ke tak..ahaksss..

Saturday, November 22, 2008
aNGaN2 HaMPiR MeNJaDi ReaLiTi
21 November 2008 siaplah bangsal dan rak cendawan yg aku impi-impikan...tinggal utk tempah bag-bag cendawan aje nie..ni kos yang terakhir aku keluarkan untuk menjadikan angan-angan aku sebagai realiti..

Bahagian dalam rumah cendawan..Rak-rak nie akan aku susun bag-bag cendawan nanti..

Nie bakal Project Manager aku....hehehe..dia yang sibuk masa org buat rumah cendawan nie.
Rangka bangsal yang dibuat siap kira2 60%. kerja nie mula pada 20 Nov 2008. Hati rasa cuak lak bila rangka bangsal nie dah dibuat. Masa nie aku tertanya-tanya lak dalam hati betul ke aku nak buat nie?...hihihi..
Bangsal @ rumah cendawan aku dah siap. Hari nie aku bertambah yakin ia akan menjadi realiti..netting hitam siap dipasang.
Bahagian dalam rumah cendawan..Rak-rak nie akan aku susun bag-bag cendawan nanti..
Nie bakal Project Manager aku....hehehe..dia yang sibuk masa org buat rumah cendawan nie.
Dengan siapnya bangsal @ rumah cendawan nie aku akan buat langkah seterusnya..so lepas nie bila sampai masa bag-bag cendawan aku akan susun dalam rumah cendawan nie.
Aku sahut cabaran ini..kerana aku tak nak impian ini sekadar jadi impian yang bercendawan tanpa aku jadikan dia cendawan yang boleh mendatangkan sumber pendapatan tambahan padaku.. Moga langkah ku kali ini diberkati...
Friday, November 21, 2008
MaMPu Ke aKu BuaT BeNDa Nie?
Semalam 20 November 2008 ...langkah kedua bermula setelah langkah pertama aku lakukan..hehehe cam tak percaya je..bangsal utk projek cendawan aku dah mula dibuat oleh abg ipar aku..semalam bila balik dari keje aku tgk bangsal tu dah mula dibuat..tapi dalam 60% lah..hati aku masih terdetik lagi..betul ke aku nak buat projek cendawan nie?..cam tak percaya pun ada..tapi dengan modal yang aku dah kuarkan ..aku kena teruskan dan aku kena buktikan..ini bukan semata2 angan2 kosong aku.
Terima kasih buat Mak yang menyokong aku 100% dan keluarga ku yg lain..kali ini mereka sokong aku sepenuhnyer... hehehe... mestilah sokong duit aku sepenuhnyer yg kuar. Thanks a lot utk sahabat merangkap tukang nasihat merangkap kakak dan merangkap punching bag aku..hihihi..sis Atie..thanks a lot kerana sentiasa di hatiku (hihi.. sebab jauh takleh guna perkataan disamping) dalam apa jua keadaan.. dikala bulan mengambang..di kala bulan separuh..di kala bulan penuh dan dikala langit tiada bulan..aku tak perlu luah ko paham segalanya.
Sehingga saat nie aku masih berkira2 ...mampukah aku laksanakan projek nie...hahaha dah giler duit dah kuar lagi nak main teka teki. Ya Aku Akan Teruskan!!!..Moga kejayaan akan sentiasa bersamaku...

Subscribe to:
Posts (Atom)