Friday, March 20, 2009

MiKHaiL..BuKaN SeKaDaR SeBuaH NaMa


Penantian satu penyeksaan. Akhirnya penantian berakhir tapi masih belum reda lagi sebab aku masih belum milikinya...Arrggghhh..tensen. Walaupun masih belum memilikinya aku dengan rasa rendah dirinya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abg Ramlee kerana sudi mendedikasikan @ mengabadikan nama kami di satu sudut. Siapalah kami untuk menerima penghargaan itu.

Untuk peminat karya Ramlee Awang Murshid boleh memburu MIKHAIL sekarang..

Wednesday, March 11, 2009

BLiNG..BLiNG...TeNGoK aJeLaH



Bling..Bling..nie dah jadi macam aku pelihara lak..dok melepak kat atas pokok depan umah aku.

Pandai menyamar nie bertukar warna..nanti aku cuba tangkap masuk dalam baldi biru..tengok dia tukar warna tak.

Cendawan nie bukan aku tanam tapi aku ambik gambar kat Air Terjun Bantang, Bekok


Gara-gara katak nie abis telefon ngan wallet aku masuk dalam air.


Macam mana nak mandi nie. Batu je yang penuh.

Ni keje anak buah aku.

Nie lak batu bertenggek. Batu bersurat takde kat sini.

Seronok ye ..

Ok lepas nie kita balik.

Tuesday, March 3, 2009

MeMBoNGKaR RaHSia PeRiNDu..

Walaupun pada awalnya banyak halangan untuk xtvt ini tapi akhirnya berjaya juga diadakan. Mengikut perancangan awalnya aku tak dapat menyertai xtvt ini tapi bahana kuatnya godaan dari teman-teman RAMFC maka aku berjuang juga untuk sampai kesana. Syukurlah kakak aku setuju nak hantar tapi dengan syarat sekejap aje. Kejap pun kejaplah janji aku timbul disana.


Sebab aku lum pernah sampai di Putrajaya tu, 4 kali aku berhenti tanya orang mana nak tuju tempat tu. Mungkin lokasi tempat yang dipilih kurang sesuai agaknya maka sambutan dari ahli yang lain juga kurang.


Tengah hari aku sampai, orang pertama yang aku cari Kak Illa. Sebab aku kenal dia selain Elle. Yang lain semua tengah sibuk mencari Harta Qarun. Sempat hai2 jek sebab tengah sibukkan. Akhirnya jumpa jugak dengan Penasihat Kelab En Atokkz.
Lepas aku sampai tak lama Abg Ram dgn Kak Dayang sampai. Apalagi aku ambik peluang yang cukup baik nie sementara semua orang lain berlari-lari.


Minta Abg Ramlee sain autograf kat novel-novel yang aku bawa.
Semua sekali aku bawa.

Dah siap ambik gambar lak

Ni Ratu Sulaman dari Singapore. Dia tengok aku dok sibuk minta Abg Ram t/tgn dia pun tumpang sekaki gak.

Lepas siap xtvt di Taman Warisan kami semua bergerak ke Taman Putra Perdana. Oleh kerana semua orang dah berlari kesana, makanya aku dengan Kak Dayang telah dilantik oleh Abg Web sebagai AJK Makanan, hehehe tukang angkat segala barang buffet masuk bonet. Terbongkar rahsia bila Kak Dayang nampak pulut kuning dalam bonet Abg Web.

Masa terlalu cemburu untuk aku lama disana. Aku tetap seronok juga walaupun seketika tapi ia amat bermakna. Sebelum aku berangkat mengundur diri, aku mintalah mereka semua untuk ambil gambar beramai2 dulu. Terima kasih para sahabat kerana begitu memahami.


Aiseh gambar dua orang pioneer Chat Box tak nampaklah


Haa tu dia, kami dok depan sekali (hehehe aku ngan kak Illa lari dok depan lak)
Ni sebenarnya kami tak tau tgk tang mana. Sebab kamera kat depan nie banyak sangat. Kut tengok mata sorang2 tu juling faham2 jelah sebab semua kamera kami dok tengok. Nak tau kenapa kami semua gelak...hehehe..bila ada yang berbunyi yelah kamu tu Penunggu Chat Box Kelab..( tu ditujukan khas untuk aku ngan Kak Illa lah). Lepas nie ada orang lain ambik gelaran tu kut..Laksamana Sunan @ Lelaki Berduka (pasni tak berduka lagi dah sebab suka suki bergambar dengan Mia Sara RAMFC)




Terbongkar sudah rahsia. Terlerai sudah rindu.


Terima kasih untuk Abg Web Dan Kak Chef Hana yang sediakan makanan yang lazat-lazat. Terima Kasih kepada Alaf 21 terutama En Nordin yang sanggup turun padang untuk menjayakan aktiviti ini termasuk sumbangan novel dan tak lupa untuk New Media yang memberi sumbangan majalah kepada kami untuk dijadikan buah tangan kepada mereka yang hadir. Terima Kasih Daun Keladi, Budi Baik Mu Kami Kami Sanjung Tinggi..ada rezeki boleh sponsor lagi...

Tahniah untuk mereka yang berusaha merealisasikan aktiviti ini sebagai realiti dan bukan sekadar mimpi sahaja. Untuk Elle dan Atokkz Syabas!!!