Sejak entri 13 Ogos lepas hingga saat ini aku tercari-cari apa lagi nak aku coretkan disini. Ingin luahkan rahsia hati rasanya tidak sesuai. Tapi aku sedang dilanda satu gelombang dalam hidup. Ahh entah apa tsunami yang melanda kehidupan aku bertukar segalanya. Sehingga ada waktunya aku bertanya dunia aku kah ini?. Tapi aku bahagia saat ini. Sangat-sangat bahagia. Walau ada mata yang jelek memandang, walau ada hati yang terluka, walau ada yang menjadi mangsa, walau ada yang gembira, yang pasti aku bahagia. Salahkah aku merasa bahagia?...
Aku ingin bahagia selamanya.. Namun esok masih belum pasti.. Apa yang akan terjadi..Segalanya masih kabur dan tiada bayangan langsung. Untuk seketika izinkan aku bahagia.. Kalau satu masa nanti ia hilang dari mata tapi ia tetap dihati sebagai satu kenangan manis yang abadi....
Pada yang memahami...aku cuma pinta sedikit ruang untuk menikmati kebahagiaan ini. Pada yang tidak mengerti , pada kalian aku mohon doakan aku sentiasa bahagia.
6 comments:
selamat berbahagia kanda....
berbahagia la selagi kita bernafas di bumi allah ni...
aku doakan kau sentiasa bahagia sue. selamat berpuasa :-)
saya memahaminya ~ ((walaupun mungkin tidak sepenuhnya))
Teruskan mengecap bahagia kak sue. Orang tamak selalu untung!!!
sue.....
semoga bahagia yg diciterkan tu akan jd milik sue sentiasa ye.
Aku gembira melihat kau bahagia dan aku sentiasa doakan agar kau sentiasa bahagia.walaupun ada yg terluka tapi ,Itu adat ler kan setiap apa, bila kita nak mencapai kebahagiaan mesti ada perasaan yg yg terpaksa kita lukakan itu ler pengorbanan namanya...
kak sue...
selamat berbahagia..berbahagia lah slagi kte ada ksmpatan utk mrasa erti bahagia itu..
slmt hari mrdeka k sue n slm nuzul quran n slmt hari raya utk raya yg bakal tiba:)
Post a Comment