Wah!! tajuk gempak semacam. Tetapi tiada apa-apa cerita pun di sini. Tiada sesiapa juga yang mati.
Cuma nak bercerita, aku kerap kerja luar dan radio adalah peneman setia setiap jalan yang aku lalui. Macam-macam lagu yang aku dengar. Jiwa aku selalunya lebih kepada lagu-lagu lama kerana indahnya bahasa yang tersusun rapi. Bahasa ringkas namun tetap puitis.
Di hari lain, lagu ini sekali lagi aku dengar . Akhirnya pulang ke rumah seperti biasa aku google senikatanya. Oh! lagu Cinta Setengah Mati judulnya.. Jadi apa kaitannya dengan entri aku ini? Bila dengar lagu begini, orang nilaikan dengan istilah jiwang karat. Tetapi aku suka maksud disebaliknya.
Aku kongsikan bersama liriknya..
setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)
setiap hari ku harapkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku berikan
demi kamu demi kamu
sya la la la lai la la la la lai
seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu
sya la la la lai la la la la lai
sekali pun ku takut kan kehilanganmu
setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu demi kamu
Jadi apa ceritanya entri aku ini?.. Ambil yang positif. Beginilah pengorbanan ibu bapa kepada kita kan. Kalau kita rasa , telah buat segalanya untuk membalas jasa ibu bapa kita sekarang, aku rasa silap kerana sehingga mati pun belum tentu kita dapat membalasnya. Aku tidak suka lihat diri orang lain. Melihat diriku sahaja, aku tahu aku tak mampu membalas segala-galanya. Kalau mati dan hidup berkali-kali pun memang takkan mampu membalas jasa mereka. Abah adalah Hero dihatiku dan Mak adalah Super Mak yang mampu buat apa saja untukku. Ya, mereka lah sumber inspirasi aku, sumber kekuatan aku dalam mengharungi kehidupan. Disaat aku rebah, wajah mereka adalah pendorong untuk aku bangkit. Syahdu pula rasa dihatikan. Jangan sedih-sedih, teruskan hidup baik-baik.
Ok , Bagaimana pula dengan kisah lagu ini pada yang bercinta?. Ada sang Arjuna yang sanggup lakukan?..Sanggup ke hendak mati beribu kali? Terguris pisau sekali pun belum tentu sanggupkan. Masih wujudkah cinta yang sejati? Aku tidak punya jawapan. Kalian yang lalui pasti ada jawapannya... Kalau berkorban dan sanggup mati seribu kali pun.. jika orang yang disayang tiada rasa yang sama didalam hatinya..itu adalah sia-sia. Syukur dengan apa yang kita ada. Hargai mereka yang sudah tentu menyayangi kita tanpa sebab atau alasan..
Cinta dan sayang seadanya.. Jangan sampai membinasa..
1 comment:
yang pertama.. cinta pada DIA..
kedua.. kepada orang tua kita..
kekal selamaya.. tak akan kecewa..
Post a Comment