Prinsip hidup aku dari dulu, setiap kata hinaan orang itu aku satukan menjadi pembakar semangat. Terima kasih kepada yang menghina satu masa dulu kerana itulah penggerak untuk aku terus berjuang.
9 tahun, kalau boleh dilihat hati aku..rasanya dah takde hati dah. Makan hati dengan kata-kata sindiran orang. Ya, aku graduan yang duduk di kampung. Graduan yang telah lari jauh dari apa yang dia pelajari dahulu. Tidak perlu canang satu dunia apa masalah kita..Susah kita tiada siapa ambil tahu, jadi mengapa harus sibuk bila aku sedang nikmati hasil usaha aku.
Aku mampu dari dulu lagi TETAPI aku punya IMPIAN. Dan kerana itu aku sabar menanti. Ya, tidak mewah tetapi aku puas... Aku tak tahu kenapa?..Tapi dari aku sekolah dulu, aku memang ada impian untuk memiliki kereta jenama ni. Andai arwah abah masih hidup, aku yakin dia akan geleng kepala melihat apa yang ada depan mata sekarang. Ya, aku sangat degil dan tidak pernah berubah fikiran.
Bulan Mei jadi saksi, akhirnya..ku sunting jua. Sah dia menjadi milikku.... Moga jodoh berkekalan hingga nafas yang terakhir...
Ulasan Novel RAM: BANJA MANGGLA oleh D'ulatbuku
6 years ago
8 comments:
WOW SU!!!! congrats Senpai....:)
Pasti arwah abah Senpai berbangga ada anak mcm you..:)
Tahniah!!!!
sue dah buktikan.. impian sue jadi kenyataan... biar apa org nk kata.. jadikan pembakar semangat juang... siapa diri kita... hanya DIA.. yg tahu...
tahniah..sahabatku pedulikan kata2 org,yg penting keluarga di utamakan.Anggap saja suara2 sumbang sebagai pembakar semangat. OK bah kalau kau... :)
Salam, TAHNIAH CikSu
Kohai Lin: thanks Lin...senpai yang bangga kerana punya abah seperti beliau...
Kak shah: terima kasih...Ya hanya DIA yng tahu..
Kak Tab: terima kasih..itu yang saya lakukan dan akan terus lakukan.. terima kasih kerana faham saya.
Cik GC; w'salam..thanks..kemana menghilang?..no phone saya masih sama. roger2 kalau free..jgn sepi tanpa berita.
salam cik sue, nanti senang check email ya :D
kak sue. kak sue. XD
alhamdulillah ...
Frodo A.K.A Nain,..Alhamdullilah, masih ingat kat akak..harap2 sihat kamu di sana.
Post a Comment