Sunday, November 9, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Pulau Pinang ( 3 November 2014 )

Hari terakhir.

Terakhir untuk misi ini. Pagi-pagi sudah bangun. Apa yang tidak dapat semalam, pagi ini kami cuba lagi. Roti bakar dan roti canai Jalan Transfer. Hari ini bernasib baik.

Bukanlah sebuah restoran tetapi hanya kedai di tepi jalan yang berkongsi dinding bangunan. 

Roti canainya bermacam-macam bentuk. Kari dagingnya sangat sedap. Aku pergi order 2 keping roti canai sebab aku tak order roti bakar. Tapi rupanya mereka berdua pergi orderkan untuk aku juga roti bakar. Memang kembang berganda-gandalah usus.

Ini roti bakarnya. Siap dengan 2 bijik telur setengah masak. Sebab telur itulah aku tak order. hahaha..aku rasa semacam bila makan telur tak masak. Disebabkan sudah diorder makan gigih jugalah sumbat dalam mulut.

Selesai bersarapan, maka tamatlah sudah aktiviti di Pulau Pinang ini. Balik ke hotel kemas-kemas barang dan daftar keluar.

Hari yang indah, mood juga baik. Teracun dengan kata-kata Kak Ayu tentang Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Perak, aku singgah jua untuk memenuhi permintaan mereka yang teringin nak makan mee udang. Ambil exit Changkat Jering cari jalan ke Kuala Sepetang. Adalah dalam 15km.


Kawasan kedai ini sangat luas. Kami sampai awal jadi masih lengang

Inilah dia rupa Mee Udangnya. Tidak sia-sia singgah. Melengkor-lengkor udangnya dalam mangkuk. Besar-besar dan yang paling penting segar. Lepas makan senyum lebarrrr..
Jadi tidak terkilanlah tidak makan mee udang di Teluk Kumbar dan Sg Dua.


Selesai makan teruskan jalan yang masih jauh. Singgah di RNR Tapah. Nak makan dah kenyang tapi sempat makan aiskrim lagi. Nah dapat penyakit. Entah apa yang tidak kena, perut aku meragam, mutah-muntah. Nasib mee udang tak keluar. hahaha.. Hajat hati nak masuk Sungkai dilupakan. Tetapi nasib juga tidak jadi kalau tidak hampa kerana kedai yang ingin dituju itu tutup pada hari Isnin dan Selasa. Jadi benarlah kata orang, yang terjadi itu ada hikmahnya. Situasi sudah tidak mengizinkan memandu jadi Cik Lin lah memandu bawa kami pulang ke Shah Alam dengan selamat.


Tamatlah kisah, misi beri saka makan yang tidak terancang. Namun tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Moga ketemu lagi dalam misi beri saka makan ke negeri lain.






Terima kasih buat sahabat saya Cik Yati dan Cik Lin. Lain kali kita jalan lagi. Yang indah dikenang sampai mati, yang buruk ditinggal pergi..


2 comments:

kertas biru said...

Terima kasih yer teman baikku Cik Sue bawa kita jln2 dan jgn lupa misi seterusnya sinar mentari ke korea pula heheehe...

Anonymous said...

Terima kasih cik sue..misi ke negara kimchii tetap diteruskan..tq for everything..Lin