Sepatutnya aku dah boleh buka penutup bag cendawan tu semalam tapi entah kat mana silapnya misileum dalam bag tu cam lambat nak matang. Pening gak memikirkannya nie. Nak tergelak pun ada juga nie yelah, agaknya misileum nie merajuk gaknye. Semalam satu malam aku termenung dalam bangsal nak telefon Am rasanya macam tak sesuai je masanya..maklumlah Si Am baru je melangsungkan perkhawinannya..hehehe faham-faham jelah takkan aku nak kacau daun. Abg ipar aku pun dah garu kepala gak memikirkannya..hehehe napa ye cam terencat je pertumbuhan misileum nie?
Puas termenung sampai kul 1 pagi dalam bangsal. Aku rasa aku kena sabar seminggu lagi nie. Mungkin dalam minggu nie kena minta tolong Am datang tengok semula keadaan bag-bag nie.
Untuk para sahabat..doakanlah yer masalah aku nie selesai. Dan maaf kerana buat kalian ternanti-nanti laporan seterusnya. Kalau kalian semua pun tak sabar tengok hasilnya apatah lagi diri aku sendiri.
Ulasan Novel RAM: BANJA MANGGLA oleh D'ulatbuku
6 years ago