19 Julai 2009 tuk pertama kalinya bersua muka dengan Fyena. Ajk Kelab RAMFC dr Sarawak ni, kini akan menjadi warga Parit Raja kerana melanjutkan pelajaran di UTHM atau lebih dikenali dengan nama KuITHO. Pertemuan ini tidak aku rancang kerana seperti biasa jika dirancang pasti tak menjadi.
Kesempatan waktu cuti yang ada aku gunakan tuk melawat Fyena disana. Orangnya kecil molek, pemalu tapi tetap peramah. Disebabkan tidak dirancang makanya aku pun tak tau mana nak bawa Fyena. Tanpa perancangan kita jadi tidak teraturkan? Aku lebih suka secara santai dari formal. Orang kata lebih mesrakan.
Aku sampai di tempat Fyena kul 11 pagi. Ambik dia bawa ke BP Mall. Pegi makan di Rasa Mas sambil sembang-sembang. Pastu pegi kedai buku. Heheh..disebabkan kenal pun atas Kelab novel maka bagi penghormatan kat kedai buku sebagai xtvt pertemuan jugak.
( Dia malu masa aku nak ambik gambar..tapi sebab kata Kak Illa yang suruh ambik dia pose gak lah)
Lain kali kita jumpa lagi ye Fyena. Sebelum kena baling dengan periuk api ..tuk org Kuantan Sabo yer..Sabo banyak-banyak..Lampu-lampu jalan sedang di pasang sepanjang jalan Segamat ke Kuantan. Bagi terang dulu lah yer..Sebab sekarang gelap sangat tak nampak jalan. Ahaksss...
( Dia boleh menyorok belakang aku..senangkan nak main sorok2..ahakss))