Thursday, August 13, 2009

oGoS SeRiBu KeNaNGaN

Kenapa tajuk ini? Bulan ini terlalu banyak aku kira yang berlaku. Sebahagiannya biar aku simpan jadi rahsia sendiri. Sebahagiannya akan aku kongsikan bersama disini.

Awal Ogos - Aku cukup sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Seolah-olah tiada penghujungnya. Cukup letih ada masanya rasa ingin pergi jauh. Bulan ini memaksa aku bawa kerja pejabat pulang ke rumah. Bulan ini juga cukup menguji diri aku sebagai manusia yang bernama kawan, teman, sahabat atau apa saja.

7 Ogos - Hari ini aku bertolak ke KL. Bersembang mengalahkan telah lama kenal. Tapi untuk pertama kalinya aku kenal dia. siapa agaknya.. Osh. Inilah kanak-kanak riang pada aku. Penghibur hati tak kira saat itu tengah berduka kita mampu bergelak tawa. Hari ini juga untuk pertama kali aku jumpa Abg Long, Presiden Alaf21 FC. Cukup sporting orangnya. Tak lokek berkongsi ilmu.





8 Ogos - RAMFC de Futsal. Andai ada yang tahu aku turun ke KL semata-mata untuk futsal. nampak gila sikit. Tapi entah apa yang buat aku tertarik ke sana aku pun kurang pasti. Yang pasti saat berkumpul beramai-ramai bersama ahli yang lain amat berharga dan rasa tidak mahu detik waktu itu berlalu. Untuk pertama kali juga bertemu dengan keluarga Papa Ibad. Ibad..senyuman Ibad cukup-cukup buat auntie semua tak tidur malam. Senyum macam Zizan Nin lah. Untuk Kak Arms yang pertama kali bersua muka, Kak Arms memang best. Berkumpul ramai-ramai seolah-olah satu keluarga, berkongsi cerita, berkongsi duka, berkongsi rahsia. Andai masa dapat ku undur ingin aku putarkan kembali waktu yang berlalu itu. Terima kasih pada Kak Ina dan Elle yang sudi melayan waktu aku dirumah kalian, terima kasih pada Attokz yang sudi belanja minum, terima kasih pada Osh dan Nuar yang sudi belanja makan malam, Terima kasih pada Abg Web yang menaja makanan dan tak lokek berkongsi cerita tentang novel, terima kasih tuk Fiza yang buat puding roti. Terima kasih tuk budi baik kalian. Tiada sedetik waktu pun aku rasa kesunyian bila dikelilingi oleh kalian semua. Kepada mereka yang tidak ku sebutkan nama bukan beerti aku lupa . Tapi kalian juga adalah pelengkap jalan cerita disana. Terima kasih semua.

9 Ogos - Rasa berat hati nak balik. Macam biasa cik ibu pengasas RAMFC cukup setia menghantar aku ke Puduraya. Terima kasih Elle. Walaupun tiket pukul 1 aku lebur macam tu saja tapi rasanya cukup berbaloi sebab dapat panjangkan waktu sedikit cuma untuk makan bersama. (Maaf..memang jadi kebiasaan bila mengadap makanan aku akan terlupa ambil gambar.)

Hari ini tiada lagi gelak tawa. Memori semalam terpahat dalam lubuk jiwa. Aku pasti kita semua akan berkumpul lagi mengulangi detik waktu yang penuh dengan ceria.

13 Ogos - Hari ini aku demam lagi. Setiap kali tarikh ini aku akan begini. Sejak 2001. Kenapa ye? Tarikh ini adalah tarikh perginya seorang insan yang sangat aku sayang. Aku amat rindukan dirinya. Tarikh ini menjadi saksi dia pergi tak akan kembali. Tarikh ini telah jadikan aku seorang anak yatim. Abah.. akan ku pegang janji ku padamu saat kau terlantar sakit. Ia keluarga kita tetap akan terbela. Akan aku laksanakan setiap amanat mu itu. Bersemadilah dengan aman disana.

Hari Esok- Esok yang belum tiba. Tiada siapa yang dapat menduga. Kita merencanakan sesuatu tapi hanya DIA jua yang maha Mengetahui.

Buat pengetahuan teman-teman. Genap sudah usia perkenalan di RAMFC setahun. Bulan Ogos tarikh mulanya perkenalanan di chat box kelab RAMFC. Siapa sangka dari alam maya ia menghubungkan banyak jiwa untuk berkongsi warna-warna dalam kehidupan. Aku kira tak salah kalau aku nyatakan aku, Elle, Kak Illa adalah perintis dalam chat box itu. Hingga saat ini kami masih kekal disitu. Kepada sahabat awal chat box RAMFC aku harap dapat berkumpul kembali. Marilah sama-sama kita meriahkan kembali.



17 comments:

Farah Jasni said...

salam kak sue,

naper cam sedey jek munyik n3 ni...

tp xper2 osh kan ade.. hehehehhe kanak2 riang2 pun kanak2 riang la.. muahhahahha

semoga ukhwah yg kita bina ni berpanjangan insyallah..

tuk kak sue, big hug & kisses.. jgn bersedih, ujian & musibah itu ibarat telefon penghubung kita dan DIA, agar kita semakin dekat dgnnya..

riang selalu k..

Zonan said...

Assalamualaikum Sue

Papa sekeluaraga merasai perasaan yang sama.

Insya Allah papa akan pastikan ingatan Ibad kepada untie2 tidak akan berubah.

Kepada yang lain sabtu tu sememangnya 'Kenangan Yang Terindah' Kita umpama sebuah keluaraga yang besar pulang berkumpul dihari raya.

Kerinduaan jelas terasa apabila kalian hilang dimata. Tidak sabar hendak berkumpul semula.

Semoga Berjumpa Lagi

ps: Osh pasang lagu Kenangan Terindah.

-Ain-Dak In- said...

uiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
bes nye.....

kak sue...
ain jeles la tgok pic2 ni suma..
adoiii..
tp apakan daya...
ain x chat time tu..(alasan konkrit kan?)
huhuhuhu....

nati lau p batu pahat nak singgah chaah jap..(beso cita2)
huhuhu.....

Elle Syeila said...

jiwang siut...xpa hati kering....jangan bagi tahu fiza kita makan apa....syhhhhh

illaieylla said...

sedih kan
cam tu la idup adat bertemu ada berpisah tp kenangan yg dilalui tetat terpahat di hati

Sabiah said...

kak sue,

best ar entry ni..
tah bila sy dpt join aktiviti ramfc.tah bila la dpt jumpa kak sue..
jgn sedey2 kayy..hidup mesti ceria,gembira dan bahagia..

Anonymous said...

salam kak sue>>>>aka haliabara..huahuahua..

just tertarik ngn entry akak so..jln2 le kat snie..ngeh3x...

kak sue>>> sabar ek...
percaya lah...Allah takkan membebankn hambaNya jika Dia rasa hambaNya tidak mampu melaluinya..

rq harap k sue bahagia selalu dunia akhirat n thnks krana prnh mnjadi tmpt rq brkngsi cte dulu..

i'll always remember u alls as my frens...

sue onn said...

Osh --> thanks.. duka itu berlalu dikala ada teman disisi.

Papa Ibad ---> tak kenal maka tak cinta. pertemuan itu bukan hanya bawa kita kenal siapa org itu tapi lebih kepada pertalian saudara. ye jadikan ia kenangan terindah dalam hidup.

Ain --> ada jodoh kita ketemu jua. alasan itu dicipta oleh manusia kan ain..takde konkrit2.

Elle --> jiwang takde..cuma luah rasa.. Fiza dah tau lah kita pegi mana..ahaksss.

kak Illa ---> jauh di mata dekat di hati. segala kenangan manis itu tetap terpahat sampai bila2 dilubuk hati yg paling dalam.

Sabiah ---> jodoh kita tuk bertemu pasti tiba. kami nantikan kehadiran sabiah tuk xtvt akan datang. thanks sabiah.

Areque ---> terima kasih byk2. kita hidup sementara cuma. segalanya adalah pinjaman semata.

Web Sutera said...

Assalamualaikum Sue. Terharu saya membaca entri ini, kerana:

1) Ternyata dirimu sangat menghargai nilai sebuah persahabatan.

2) Kisah amanat aruah ayah. Ah, Sue, saya juga terkenang aruah ayah & ibu. Saya sudah yatim piatu. SUBHANALLAH!

3) Ternyata juga bahawa dirimu memang pandai bercerita dalam penulisan. Teruskan, sahabat.

kertas biru said...

Salam sue,

Gembira tgk awak happy dgn kawan2, saya pun tumpang seronok membacanya. Saya harap awak sentiasa ceria dan jangan sedih2 ok, yg pergi kita doakan yg terbaik untuknya.

Sayang selalu...

sue onn said...

Abg Web ---> w'salam. tanpa sahabat siapalah saya. kalian semua adalah cermin bg diri saya.

aku menulis bukan kerna nama..ahaksss. salah satu hobi yang telah lama ditinggalkan abg web.

kertas biru ---> gembira itu subjektif. selagi bernyawa akan saya cuba nikmati hidup ini sebaik mungkin. salam sayang tuk keluarga disana yer.

Abang Long said...

Hingga ke saat ini kekanda masih terbayang saat kita duduk berdua ...

Indah sungguh nilai sebuah persahabatan yang tulus ...

sue onn said...

Abg Long ---> abislah lepas nie jadi isu. terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan nasihat abg long.

illaieylla said...

jom speku abg long n sue...
yeyey dah dpt point kwang3
tgk abg long siap terbayang2 lg tu

Aloy Paradoks said...

wah! besar semangat lu beb..

bias® said...

merdeka!!!

Paradoks said...

Gua mewakili seluruh ahli PARADOKS mengucapkan selamat ber Ramadhan kepada kalian dan moga Ramadahan kali ini menjanjikan seribu kerahmatan buat kita semua. amin.
-Aloy Paradoks