Monday, August 23, 2010

Sepi Itu Indah?..

Benarkah sepi itu indah?...kesepian itu ada waktunya amat mencengkam jiwa...Saat ini, bermacam rasa melanda...bahagiakah sebenarnya?...atau hanya cuba berpura-pura?.. Aku dah mulai bosan dengan perjalanan hidup yang bukan pilihan dari hati...terpaksa ke?...aku dah cuba ikhlaskannya..tapi rutin perjalanan hidup itu yang buat aku rasa bosan dan rasa harus ada titik noktahnya...

Dah lama aku menyepikan diri..dalam ertikata lain dah lama juga tak masuk blog sendiri.. Sibuk dan juga tiada apa tuk aku kongsikan di sini. Mungkin lebih banyak masa di FB saja...lebih mudah..

Sekarang Bulan Ramadhan...projek setiap tahun jual biskut raya... Dalam masa yang sama projek tanam keledek..lepas raya kembali semula projek cendawan..kerja pun bersusun yang menunggu..Dah tinggal sorang2 kat opis, rasa nak menjerit gak..keje cam robot... cakap dengan dinding.. Otak beku...tiada siapa nak dibawa berunding dan berbincang, apatah lagi bertukar pendapat....semuanya kena wat keputusan berani mati..hehehe..gilerrr betul2 giler...tensionnnnyaaaa..


Ogos...banyak perkara berlaku...dah tak larat aku nak senaraikan lagi..biarlah..biarlah ia pergi..redha jeklah...

Friday, May 7, 2010

SeLaMaT HaRi iBu...





Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami


------------------------------------------------------------------------

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

------------------------------------------------------------------------
* Aku insan yang paling banyak berhutang dengannya.. Tak mungkin dapat aku langsaikan hutang tersebut walau apapun aku serahkan padanya..Dia memperjudikan nyawanya hanya untuk memberi ruang kepada aku melihat dunia...hebatnya insan bernama ibu ini..dia Srikandi hidup ku.. Terima kasih mak kerana telah melahirkan..membesarkan .. dan mendidik kami tanpa rasa jemu.... Puas sudah aku tersungkur ketika berjalan mencari pengalaman ..tapi mak tetap tidak jemu hulurkan tangan ... untuk aku terus bangkit menggapai impian....

Thursday, April 22, 2010

SeMaKiN KuSuT...

Hari ini makin bertambah lagi permintaan LEMBAGA yang menghantui aku sejak kebelakangan ni..Makin sarat lagi fikiran.. selagi belum tiba waktu pertemuan dengan LEMBAGA nie layankan saja lah permintaannya...Kalau hari-hari ada saja yang diminta..mau sakit aku dibuatnya..mmmm..YA Allah Permudahkanlah segala urusanku...

Wednesday, April 21, 2010

LeMBaGa iTu MeNGGanGGu Ku

Arghhh!!! Lena ku sejak akhir ini selalu terganggu..Ketenteramanku telah dinodai...Fikiranku kusut... Mengapa saat ini lembaga itu datang mengganggu perjalanan hidupku..Semakin hampir tarikhnya semakin banyak pula permintaan LEMBAGA itu..

Kalau permintaannya cuma ayam golek diatas dulang masih mudah untuk aku sediakan..masalahnya yang diminta amat sukar untuk aku sediakan...Semacam ada batu yang besar diatas kepala sekarang ni...

Sudah seperti lagu Dewa pula.."kamu seperti hantu... terus menghantuiku...kemana pun tubuhku pergi...kau terus membayangi aku"....
Cepatlah tiba saat itu...aku tidak tahan lagi dengan bayanganmu itu..Wahai LEMBAGA...bila tiba saatnya..datanglah kau dan jangan lagi mengganggu hidupku...

Tuesday, April 20, 2010

HaMPiR 4 BuLaN..2010 BeRLaLu

Terasa pantas masa berlalu..dan aku masih disini mencari arah...Apakah segala impian akan terlaksana tahun ini?...Pasukan hoki yang ku bimbing telah pun ku tinggalkan. Entah apa khabarnya sekarang budak-budak tu semua. Bukan aku tidak sayang pada pasukan yang aku sendiri bentuk. Tapi kekangan masa buat aku tidak mampu untuk fokus kepada mereka. Dimana pun kalian berada, doa ku kalian agar kalian berjaya dalam pelajaran.


Detik-detik hari yang berlalu sekarang aku rasakan begitu pantas meninggalkan aku. Aku masih terkaku memikirkan apakah perjalanan hidupku tahun ini akan merubah segalanya. Seolah-olah hilang rentak dalam melalui kehidupan. Dimana sebenarnya bahagia?

Setiap manusia berhak untuk bahagia... Carilah kebahagian dihati...Andai sinar bahagia itu perlu kucari dengan menyelusuri onak dan duri..aku rela.. kerana aku percaya setiap sesuatu itu ada balasan...


"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."


"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Wednesday, April 7, 2010

MaC DaLaM KeNaNGaN

Agak lama aku menyepikan diri. Seperti kata Elle dah bersawang blog aku. Ahh! tuntutan duniawi amat menyekat waktu senggangku. 2 bulan yang lepas aku sibuk dengan kerja pengeposan T-Shirt Kelab RAMFC. Sepertinya sepanjang masa bekerja tanpa mengira siang dan malam. Agak tegang sedikit urat badan. Kerja di pejabat pula menuntut sepenuh perhatian. Bila diikutkan rasa hati ingin sahaja aku menutup blog ini. Tetapi rasa sayang pula bila difikirkan semula. Aku kekeringan idea sebenarnya. Bukan aku tidak minat pada bidang penulisan. Itulah hobi aku satu ketika dulu. Masih ramai teman yang menanyakan apakah aku sudah berhenti dari menulis. Aku tidak berhenti teman-teman, tapi masa begitu membataskan.

Bulan Mac. Emmm..Apa yang menarik? Alhamdullilah rumah aku telah siap kerja baikpulih dan naiktarafnya. Setelah bertahun impian dipendam terlaksana juga akhirnya. Angan-angan tak salah jika disertakan dengan usaha. Awal bulan Mac, 6 Mac hari lahir Ratu RAMFC, Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ratu..ahakss.. terima kasih pada Edan yang sudi membantu menjayakan misi.

Pertengahan bulan Mac...Aku sibuk dengan projek cendawan. Bila dah minat penat pun mesti buat. Alhamdullilah projek kali ini tiada masalah besar. Masih berjalan lancar walaupun telah sampai kali yang ke 4 bongkah dibuka. Bongkah masih mampu menggeluarkan cendawan. Seperti yang sebelumnya aku tetap tidak dapat menampung permintaan. Semoga keadaan ini berterusan agar aku masih boleh meneruskan projek ini. Siapa juga tahu satu hari nanti aku boleh buat secara besar-besaran.

Akhir Mac. Aku amat menanti kedatangannya. Kenapa? Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dah lama aku tahan nafsu dari membeli buku beberapa bulan ni. Hanya kerana menunggu tibanya Pesta Buku. 26 Mac aku bertolak ke KL. Rumah Pak Din jadi tempat persinggahan. Terima kasih Elle dan keluarga yang sudi menyediakan tempat tuk aku menginap ketika disana. Budi baik kalian sekeluarga hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya.

27 MAc awal jam 10 pagi kami telah berkumpul disana. Keadaan awal pagi saja dah boleh buat sakit kepala. Padat dengan manusia. Setahun sekali peluang diambil. Ketika ini berapa RM yang keluar pun dah tak peduli. Aku berada disini juga ada misi. Misi bersama-sama para sahabat RAMFC. Majlis pelancaran novel 9 Nyawa dan Cinta Sufi. Laporan tentang pelancaran boleh didapati di laman sesawang rasmi kelab di http://www.kelabram.com/. Telah lama tidak berkumpul beramai-ramai. Pelbagai cerita dikongsi bersama. Saat indah ketika berkumpul waktu aktiviti futsal kembali lagi. Kali ini lebih ramai lagi yang menyertai. Walaupun pertama kali yang ada bersua muka tetapi kemesraan yang lahir seolah-olah telah lama kenal satu sama lain. Inilah yang aku cari. Setiap detik berlalu tidak terasa bersendirian. Gelak tawa menyelubungi perjalanan waktu disana. Sepakat membawa berkat. Majlis pelancaran pada 28 MAc berjalan dengan lancar. Kesempurnaan itu tiada siapa yang dapat capainya..tetapi kearah menjadi sempurna, boleh aku katakan majlis itu mencapai misinya. Tahniah pada kalian semua. Mencipta satu lagi memori indah dalam hidup aku. 2 hari terlalu cepat berlalu. Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Tetapi siapa yang suka akan perpisahan. Itulah kehidupan.Makanya biarlah memori itu disimpan didalam lubuk hati yang paling dalam. Aku tinggalkan kalian dengan gambar kenangan disana.

























Tuesday, February 9, 2010

KOSONG

Jiwa kosong tanpanya...hati lara kehilangannya...akal hilang entah kemana...tiada siapa yang tahu arahnya...aku binggung memikirkannya...datang tanpa ku undang...perginya tidak ku halang...resah..jiwa resah..gelisah..jauh dilubuk hati derita mencengkam jiwa..kosong kamar hatiku kosong..hilang segala bayang tiada....

Tak tertahan hati yang duka..aku kecewa dia juga merana..silapnya hilang kewarasan akal fikiran.. yang hitam telah legam dihati...yang putih hampir kelabu warnanya...tak tertanggung hati kecil ini...mengenang kisah silam menusuk jantung seperti halilintar membelah bumi.....akhirnya aku tersungkur disini...

Wednesday, January 20, 2010

20 HaRi 2009 TeLaH BeRLaLu

Lama aku tak mencoretkan apa-apa disini. Selain dari tiada mood untuk bercerita atau mengarang, aku juga amat sibuk dengan urusan duniawi.

Diam tak diam dah 20 hari tahun 2009 berlalu dan dah 20 hari tahun 2010 kita lalui. Azam baru? Mencari En Azam..Boleh gitu? Tahun 2009 menjadikan aku manusia yang lebih matang dalam perjalanan hidup. Banyak perkara yang aku tak pernah duga aku mampu lakukan. Ya..dimana ada kemahuan di situ ada highway.

Jom Imbas kembali apa yang aku dah buat tuk tahun lepas.

Awal tahun 2009, perkara yang aku sendiri tak percaya akhirnya aku berjaya juga buat. Projek cendawan aku. Sekarang aku dah mula sesi kedua pula. Hasilnya? Alhamdullilah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan ku.




Dalam kesibukan kerja dan uruskan cendawan di rumah, aku masih menjadi jurulatih skuad hoki SMK Chaah. Tahun 2009 adalah tahun ketiga skuad ini dibawah kelolaanku. Ternyata amat berbaloi sekali. Usaha tidak sia-sia. Kalau tahun 2007, skuad aku hanya jadi pasukan belasahan sekolah lain dan pulang awal, tapi tahun 2008 keputusan lebih memberangsangkan apabila skuad aku dapat tempat ketiga. Kemuncaknya tahun 2009 adalah saat paling manis, apabila latihan yang berbulan itu membawa skuad hoki SMK Chaah menjadi JOHAN. Ya Johan untuk skuad perempuan dan Naib Johan untuk Skuad lelaki yang baru pertama kali menyertai pertandingan. Terima kasih juga untuk Helmi, Halim dan Ezri yang sama membantu untuk pastikan SMK Chaah menjadi juara. Tahun 2010 masih dalam samar sama ada skuad ini masih perlukan khidmat kami berempat kerana semua pelajar yang terlibat telah berpindah ke sekolah baru SMK Seri Bali. Tunggu sajalah kalau ada guru yang memanggil kami kembali. Untuk Maria dan Hazli, terima kasih kerana beri sepenuh kepercayaan tuk kami corakkan skuad tersebut. Kalian berdua memberi aku ruang untuk menebus kembali apa yang aku tidak mampu buat ketika menjadi pemain membawa SMK Chaah menjadi Johan. Terpulanglah pada pengurusan baru untuk meletakkan skuad tu dimana arasnya. Yang jelas jika skuad ini dihantar bertanding sudah pastinya semua sekolah lain akan lebih fokus lagi kerana tiada siapa dapat menduga sekolah belasahan akhirnya bangkit begitu mendadak. Ya anak buahku bukan jenis cepat patah semangat. Semangat juang mereka tinggi, jiwa mereka membara kerana satu perkara yang aku terapkan pada mereka bila bertanding berjuanglah umpama membawa maruah keluarga. Bersatu teguh bercerai roboh. Wah! aku yang berkobar-kobar ni.





Dan dalam tidak sedar angka 9 yang ditinggalkan juga memberi impak yang besar kepada aku. Apa yer impaknya? Umurlah.. Datangnya tahun 2010 juga mengubah angka umur aku tiada lagi angka 2 didepan tapi dah jadi 3. Cepatnya berlalu dah hampir 30 tahun aku rupanya. Bila di padang aku rasa seperti umur 14 tahun saat mula-mula aku pegang kayu hoki. Jauh telah aku tinggalkan saat-saat manis itu. Kemana dah hilangnya para sahabat yang sama-sama berlatih dalam panasnya terik mentari dan basah kuyup dek hujan. Aku cukup rindu saat itu.


Perjalanan hidup 2009 banyak mengajar aku jadi manusia yang ada ketikanya berhati batu dan kering. Tapi ada kala aku tewas juga...menangis juga hati rupanya....ahaksss...Lumrah hidup ada tika dan waktu kita diatas dan pastinya kita juga bergolek kebawah. Tapi pengalaman hidup mematangkan diri tuk tempuh segala cabaran. Kini aku lebih bersedia apa jua kemungkinan.

Bukan senang nak senang? Tapi Kalau tak mencuba kita tak tahu apa potensi diri. Cekalkan hati, tekadkan semangat dan jadikan sindiran sebagai pembakar semangat...jangan rebah hanya suara sumbang manusia yang penuh dengan hasad dengki. Disitu kita akan lihat cahaya kemenangan.. Percayalah setiap manusia ada potensi diri masing-masing.