10 tahun yang lalu aku masih bergelar seorang mahasiswi. Perjalanan hidup aku saat itu sangat susah sebenarnya. Tiada seorang pun yang tahu melainkan seorang sahabat yang tahu apa yang aku tanggung. Selama 8 bulan Hospital itu adalah rumahku. Setiap minggu aku pulang ke Johor, tempat yang aku tuju adalah Hospital Batu Pahat. Poket aku? Sentiasa kosong..Yang ada cuma duit tambang untuk aku pulang ke kampung. Selain menjual burger di asrama tempat aku belajar, duit simpanan selama aku buat kerja sambilan seperti buat t-shirt telah habis aku gunakan. Ya, kalian harus percaya akan rezeki Allah. Hari ini kita bantu orang lain, esok-esok pasti akan tiba masa kita perlukan bantuan orang lain. Menitik airmata aku tatkala seorang teman membayarkan sewa rumah untuk diriku. Aku cukup malu menerimanya, hanya pujukan darinya aku menerima pertolongan itu, katanya kali ini sudah tiba masa dia membantuku kerana sebelum ini aku selalu tolong bayarkan sewa rumah untuk dia tatkala dia kesempitan duit. Aku tidak meminta balasan dari itu semua sahabat, bantuanku kepada mu dulu adalah ikhlas kerana didikan dari orang tuaku sentiasa terpahat di hati. Hidup jangan sombong, bantu orang yang perlukan kerana sampai waktu dan ketikanya roda itu berpusing..
Kanser...siapa sangka ia betul-betul wujud. Saat diberitahu itulah penyakit yang dihidapi Arwah Abahku, aku menerima berita itu seperti abahku hanya demam sahaja. Sekuat-kuatnya aku menolak kenyataan itu. Aku jadi seorang yang sangat positif. Pada aku, Abah aku akan sembuh seperti sedia kala. Hakikat akan kesudahan penyakit itu aku lontarkan jauh-jauh. Aku perlu kuat kerana Emak aku. Sangat sukar untuk aku luahkan betapa penyakit itu sangat menguji setiap ahli keluargaku. Aku yakin mereka yang sudah menempuhinya akan faham situasi itu. Andai setiap adik beradik tidak bersatu, boleh hilang arah juga dalam menempuhnya. Setiap seorang ada tugas masing-masing. Ujian bukan sahaja penyakit itu, tetapi kewangan juga adalah sangat menguji. Hanya Allah sahaja yang tahu ketika itu betapa peritnya kehidupan kami. Setiap sen sangat berharga. Namun aku bersyukur kerana kejadian itu ada hikmahnya. Aku belajar erti sayang, aku belajar akan erti kehidupan..
Aku tidak mahu lagi toleh kebelakang. Yang telah berlalu, biarkan ia berlalu. Kenangan yang tinggal sudah cukup untuk kami meneruskan kehidupan. Abah tetap dalam hati kami sehingga nafas kami yang terakhir. Terima kasih kerana menjadi Hero kami di saat kami perlukan, terima kasih kerana kasih sayang yang tidak berbelah bagi, terima kasih kerana menyediakan segalanya untuk kami. Semoga Abah, bersemadi aman damai di sana. Tunggu kami di sana...
Temanku sekalian, ini hanya sedikit kisah perjalanan hidupku. Belajar dari kisahku ini. Hargainya ibu bapa kita, sementara mereka masih ada. Saat kalian kehilangan mereka, dunia ini seakan terhenti dan gelap serta merta. Kenapa aku tinggalkan kota metropolitan itu?..kenapa aku tinggalkan kerja dan jawatan yang sangat baik itu?.. kerana di sana tiada ibuku..
4 comments:
Al-fatihah. Amin ya rabil-alamin. Syahdunya aku baca Sue. Didnt even kno.
Al Fatiha buat arwah ayah.. semoga rohnya di tempatkan dgn org2 yg beriman amin... Itulah kehidupan sue kita nie umpama roda yg penting kita sentiasa beringat dan sentiasa berdoa semoga di permudahkan segalanya..Bertapa beruntungnya kita jika mempunyai keluarga dan teman yg baik walau kita di dalam keadaan susah dan senang sentiasa berada di sisi kita menghadapi bersama segala cabaran yg mendatang..
Life has to gone but memory remain...sekali sekala teringat juga pada arwah datuk dan nenek ku.....harap damailah mereka di sana. Begitu juga ayahandamu.
Al Fatihah.. moga rohnya di tempatkan disisi org2 beriman...
sedih baca apa yg sue tulis.. banyaknya yg sue tempoh... tengok sue.. kita buat baik ngan org.. Allah bg kat kita jugak,dia tak lupakan hamba2nya...
Post a Comment