Thursday, June 4, 2009

TiaDa SiaPa YaNG TaHu



Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,

DIA datangkan petir dan kilat.


Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,



Rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

aPaKaTa aNDa?



Persahabatan itu seperti tangan dan mata? Saat tangan terluka mata menangis. dan saat mata menangis tangan menghapuskan airmata?. Apa kata anda?
Siapa sahabat anda? Betul ke dia sahabat anda? Sejauh mana anda kenal sahabat anda? Cukup ke sekadar teman ketawa dan menangis? Bagaimana dengan berkorban?


Aku pernah punya seorang sahabat dulu. Tapi sayang aku tak tahu menilai apa itu sahabat. Kerana aku lebih pentingkan kawan. Setiap hari aku rasa dia faham akan diri aku. Makanya aku terus lupa dia juga perlukan aku setiap waktu. Tapi pada aku pula .. cukuplah aku ada dia. Kamu fahamkan?. Silapnya aku kerana letak persahabatan itu satu hala.. hidup kita perlu ada 2 hala. Baru adil orang kata. Aku dah hancurkan tali persahabatan itu. Saat bila aku sedar?. Saat kawan-kawan telah lari dalam hidup aku? Saat itu dia juga telah jauh dari aku. Terlalu jaga hati kawan sehingga lupa hati teman. Tutup kisah lama. Ia pengajaran yang amat penting pada aku.

Saat ini aku juga masih punya seorang teman....dia sahabat..dia saudara..dia juga punching bag aku. Dari saat itu jugalah aku cuba menjaga agar kesilapan lalu tak berulang kembali. Dia mungkin tak sama tapi mungkin juga dia lebih baik . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan?.
Hati seorang sahabat perlu dijaga. Dia perlukan apa yang kita perlukan juga. Oleh itu jadilah melindungi dan dilindungi.

Semalam aku masih tak mampu lelapkan mata. Saat begitu sabahatlah jadi peneman aku berbicara. Apa yang bermain di minda aku?

Aku : Kalau tetiba saya perlukan 1 dari 2 buah pinggang awk..awk bagi tak?
Dia : Kalau waktu itu awk amat memerlukan saya bagi.
Aku : Abis kalau dah bg buah pinggang awk then awk pulak sakit? Tak takut mati?
Dia : Apa boleh buat kalau dah itu takdirnya.

Jawapan itu buat aku tersentak seketika. Mulia hati mu teman. Dan percayalah jika itu berlaku, Aku sendiri akan diam membisu kerana aku tak rela hidup atas kematian org lain. Aku sanggup beri apa yang aku ada tapi aku tak mampu terima pengorbanan seorang sahabat.

Sanggup ke anda beri kehidupan pada seorang sahabat? boleh bagi buah pinggang anda pada sahabat yang memerlukan? atau anda sudah jauh lari meninggalkan sahabat yg memerlukan?. fikir-fikirkan.

(mungkin ada yg tak setuju dengan entri ini. Maaf saya fokuskan hal ini untuk sahabat. jgnlah pula ada yang kata mengapa harus pentingkan sahabat dari keluarga sendiri. kalau keluarga anda pun tahu jawapannya.)

Wednesday, May 27, 2009

PeSTa BuKu JoHoR ' 09







Jom ramai-ramai kesana.. " BUKU PENCETUS INOVASI"

Monday, May 25, 2009

CuTi - CuTi MaLaYSia


Bermula 1 Mei 2009 hingga 10 Mei 2009, aku menghilangkan diri seketika dari tugasan harian di pejabat.. Aman rasanya. Cuti tanpa gangguan. Menghilangkan diri seketika. Bila ditanya kemana? senang jek aku jawab ke gua. Sebenarnya malas nak buat entri nie tapi sebab dah ada yang bersuara rumah nie dah lama sangat bersawang maka aku rajinkanlah juga diri nie. Ingatkan nak bersawang jek selama sebulan nie.
Malas nak cerita banyak-banyak. Sebenarnya dalam tempoh itu aku berada di KL - Cameron Highlands - Perlis - Thailand - Langkawi -KL. Marathon cuti nie.


Jangan tanya sapa nie. Aku pun tak tau

Pandanglah..lihatlah..Oppsss.... Malunyer..

Tengok anggur.. Masam giler yang nie


Apa yang asyik sangat tu? ( Maaf aku suka ambil gambar dalam keadaan begini)

Unikkan?..Fikir apa tu?


Sampai gak kat sini


Nielah rupanyer dari jauh..Tasik Dayang Bunting.

Depa borong sakan beli gamat. Mau minum agaknya

Anak siapa aku tak tau. Tapi keletahnya menarik perhatian aku.

Selama beberapa hari tu aku rasa tenang walaupun ada masa jiwa kacau juga sebab waktu bercuti nie team hoki aku sedang bertanding. Ada masa aku rasa tertekan sangat sebab tak dapat bersama-dengan mereka. Namun mungkin ada hikmah juga disebaliknya. Ada hadiah yang paling istimewa ketika bercuti ni.Team aku johan tahun ni. Apa lagi hadiah yang paling bermakna kalau bukan kemenangan ini. 2 bulan latihan cukup berbaloi rasanya.

(Maaf gambar tak dapat aku uploadkan semuanya.. hormati hak orang lain lah katakan..ahaksss)

Tuesday, April 28, 2009

TeNGoK aJeLaH Yea..


Seronok bila tgk kuar cam nie

Hilang penat. Bangun pukul 5 pagi pun takpelah.

Tersenyum tengok bakul penuh.

Ni 1 bakul lagi.

Siap bersihkan.

Siap bungkus

Selama bergiat dalam bidang nie banyak yang aku belajar dan lihat contonyar cam kat bawah nie..

Biasa tengok begini rupanya.
Yang begini susah nak jumpakan?
Besar tak?

Friday, April 24, 2009

SePi iTu iNDaH

Sendiri adakalanya memberi ketenangan di jiwa....


Friday, March 20, 2009

MiKHaiL..BuKaN SeKaDaR SeBuaH NaMa


Penantian satu penyeksaan. Akhirnya penantian berakhir tapi masih belum reda lagi sebab aku masih belum milikinya...Arrggghhh..tensen. Walaupun masih belum memilikinya aku dengan rasa rendah dirinya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abg Ramlee kerana sudi mendedikasikan @ mengabadikan nama kami di satu sudut. Siapalah kami untuk menerima penghargaan itu.

Untuk peminat karya Ramlee Awang Murshid boleh memburu MIKHAIL sekarang..