Persahabatan itu seperti tangan dan mata? Saat tangan terluka mata menangis. dan saat mata menangis tangan menghapuskan airmata?. Apa kata anda?
Siapa sahabat anda? Betul ke dia sahabat anda? Sejauh mana anda kenal sahabat anda? Cukup ke sekadar teman ketawa dan menangis? Bagaimana dengan berkorban?
Aku pernah punya seorang sahabat dulu. Tapi sayang aku tak tahu menilai apa itu sahabat. Kerana aku lebih pentingkan kawan. Setiap hari aku rasa dia faham akan diri aku. Makanya aku terus lupa dia juga perlukan aku setiap waktu. Tapi pada aku pula .. cukuplah aku ada dia. Kamu fahamkan?. Silapnya aku kerana letak persahabatan itu satu hala.. hidup kita perlu ada 2 hala. Baru adil orang kata. Aku dah hancurkan tali persahabatan itu. Saat bila aku sedar?. Saat kawan-kawan telah lari dalam hidup aku? Saat itu dia juga telah jauh dari aku. Terlalu jaga hati kawan sehingga lupa hati teman. Tutup kisah lama. Ia pengajaran yang amat penting pada aku.
Saat ini aku juga masih punya seorang teman....dia sahabat..dia saudara..dia juga punching bag aku. Dari saat itu jugalah aku cuba menjaga agar kesilapan lalu tak berulang kembali. Dia mungkin tak sama tapi mungkin juga dia lebih baik . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan?.
Hati seorang sahabat perlu dijaga. Dia perlukan apa yang kita perlukan juga. Oleh itu jadilah melindungi dan dilindungi.
Semalam aku masih tak mampu lelapkan mata. Saat begitu sabahatlah jadi peneman aku berbicara. Apa yang bermain di minda aku?
Aku : Kalau tetiba saya perlukan 1 dari 2 buah pinggang awk..awk bagi tak?
Dia : Kalau waktu itu awk amat memerlukan saya bagi.
Aku : Abis kalau dah bg buah pinggang awk then awk pulak sakit? Tak takut mati?
Dia : Apa boleh buat kalau dah itu takdirnya.
Jawapan itu buat aku tersentak seketika. Mulia hati mu teman. Dan percayalah jika itu berlaku, Aku sendiri akan diam membisu kerana aku tak rela hidup atas kematian org lain. Aku sanggup beri apa yang aku ada tapi aku tak mampu terima pengorbanan seorang sahabat.
Sanggup ke anda beri kehidupan pada seorang sahabat? boleh bagi buah pinggang anda pada sahabat yang memerlukan? atau anda sudah jauh lari meninggalkan sahabat yg memerlukan?. fikir-fikirkan.
(mungkin ada yg tak setuju dengan entri ini. Maaf saya fokuskan hal ini untuk sahabat. jgnlah pula ada yang kata mengapa harus pentingkan sahabat dari keluarga sendiri. kalau keluarga anda pun tahu jawapannya.)
6 comments:
Sue...
Bersyukur la awak kerana ada Sahabat yg sebegitu baik...
Sy yakin yakin setiap org mempunyai sahabat mereka sendiri but yang membezakan nyer bagaimane cara mereka bersahabat...
Namun Zonan bersyukur mempunyai Sahabat yg sejiwa...
To Andi, Faisal, Syed Ikhwan & Azizi.. I'm glad to have then to be my Really Sahabat... others maybe kawan...
saya bersyukur sgt..betul zonan. perbezaan itu yg buat kami melengkapi dan yg sama itu buat kami bahagia..
dia terima kekurangan saya dan saya terima kekurangan dia. terimalah seadanya. w/pun saya bukan bersahabat dgn donald trumph yg kaya.ahakss
ada seorg pun rasa mcm dah ada 10 org disekeliling saya. kerana itu ia sahabat.
Sahabat akan sentiasa ada di sisi temannya walaupun masa dia susah atau senang. Bersyukur jika kita masih punya sahabat yg baik dan saya sentiasa sayang akan sahabat saya seorang nie.
salam cik sue,
tersentuh rasa bila baca entry ni.
dlm hidup (yg cuma sekali ni) mmg susah nak dapat sabahat yang sanggup berkorban untuk kita.
GC happy untuk cik sue, sbb ada kawan yang berhati mulia.
salam syg & take care;
GC ^.^
kertas biru @ sahabat aku --> saya pun sayang awk jugak. Jangan lupa letak nama saya kat penama KWSP tu yer..dah janji kan...
Cik Gc ---> cukup bahagia kerana masih ada sahabat tu bergaduh dan bergurau senda. ahakss..
friendship is like a rose.you dont realize its beauty.until it fade..
p/s: salam singgah.terima kasih sbb jd follower sy =)
Post a Comment