Friday, June 12, 2009

KiSaH Di TaPaH RoaD

Ketika cuti- cuti Malaysia aku yang lepas ada satu kisah yang bila di kenangkan kembali buat kami geleng kepala dan tersenyum.

Setelah selesai berjalan di Cameron Highlands misi kami seterusnya adalah ke Perlis. Makanya seusai kami meronda di sana kami bertolak turun dari tanah tinggi ke Stesen Keretapi Tapah Road. Sebab kami mengikut perancangan awal akan menaiki keretapi ke Arau untuk ke Langkawi.

Disebabkan tiada seorang pun dari kami yang pernah sampai di Tapah Road nie, tiada apa yang dapat digambarkan apa yang ada disana. Tiket keretapi pukul 10 malam. Kami sampai di Stesen Keretapi Tapah Road lebih kurang pukul 5.30 petang dengan perut lapar. Perancangannya kami akan makan di sini tapi malangnya tiada satu gerai pun ada disitu. Stesen ni pun letak agak terceruk sedikit. Cuma bangunannya masih dalam keadaan baru.





Disebabkan masa untuk berangkat lambat lagi kami meminta untuk menunggu disurau. Tapi tak dibenarkan. Dalam keadaan keletihan dengan bag yang macam org lari dari rumah tu kami duduk berlonggok duduk di bangku menunggu.





Namun macam-macam insiden berlaku yang kami rasa tak seharusnya berlaku. bila waktu senja lampu masih tak dihidupkan di tempat menunggu. Bergelap. Kipas yang banyak kat situ pun tak dihidupkan.Maka aku dengan rasa kurang sabarnya akibat letih dan lapar pergilah mendapatkan pekerja kat stesen keretapi tu. Sebab aku tak tau nama dia aku untuk kisah nie kita panggil jelah dia Abg Mat Romeo ( ada kisah bg nama nie).

Aku: Bang boleh tolong bukakan lampu dengan kipas kat ruang menunggu disana ke?. Dah gelap nie.

Abg MAt Romeo: (sedang mengemop lantai) Nantilah nak tanya staf kat dalam dulu. Boleh buka ke tak.

Aku: (hampir hilang sabar) Nak buka lampu kat situ pun nak tanya orang dalam tu ke?. Abis tu kalau dia tak bagi kami dok dalam gelap kah?. Ingat kitaorg naik keretapi nie tak bayar ke?

Abg MAt Romeo: Ok..ok ( tapi siap pegi tanya lagi kat staf dalam opis tu.)
Ok cik sat lagi depa buka lampu.

Aku: ( sambil geleng pala mengenangkan bagus sikap mereka nie berjimat cermat guna elektrik tapi rasanya tak kena tempat sebab hari dah malam memang patutnya buka lampu tu)

Tak lama lampu pun menyala. Dalam kami dok melayan mood masing-masing yang sedang lapar nie.. abg mat romeo nie datang lagi.

Abg MAt Romeo: Sori yer ada yang merokok tak kat sini? ( dgn mop lagi dia datang)
(aku nak maarah pun ada ..nak gelak pun ada)
XXX ( nie member aku tapi nama kena rahsialah) : Tak nampak ke semua perempuan nie.

Terus Abg Mat Romeo tu blah.

Sambung semula layan keroncong. Cacing dalam perut masing-masing semua sedang menangis nak makan. Kami pun dok buka lah semua makanan ringan yang ada dalam bag masing-masing.
Tetiba menjenggul lagi Abg Mat Romeo nie.

Abg Mat Romeo: Cik semua nie tak lapar ke?

XXXX: Lapar. Dah kat sini cam takde kedai makan nak wat cam ne.

Abg Mat Romeo: Kat sini takde kat jalan depan simpang sana adalah.

XXXXX: Jauhlah nak kesana lagipun bukan tau sangat tempat nie.

Abg Mat Romeo: Saya ada 2 cara... pertama 2 org tinggal 2 org pergi beli makanan. yang kedua semua pegi bag simpan dalam opis.

XXX: Takpelah. takutlah tak biasa.

Abg Mat Romeo: Kalau tak pun saya boleh tolong belikan. nak makan apa?. kalau nak makan tomyam ke saya pegi kedai yang jauh sikit. tapi nanti kalau dah makan janganlah buang sampahnya sepah-sepah.

( aku bukan nak fokus pada kebaikan dia offer diri nak tolong belikan tu..tapi ayat belakang tu yang aku tak tahan..siap ada pesanan penaja lagi.Jangan buang sampah merata-rata. nak kata aku ni berjalan dgn budak-budak semuanya dah bekerja orang dewasa.

Aku:Takkan lah nak buang sampah rata-rata. Kami nie sekolah punya orang.

Disebabkan tak dapat tindak balas dari kami dia blah dari situ. Sebab semua muka dah macam singa lapar.

Selang seketika lepas balik dari tandas temankan member aku..aku tengok kawan lagi 2 org tu dah punggah barang masuk ke satu bilik. ( Abg dalam opis tu buka kan satu bilik)

XXX: Jom masuk sini.

aku: Napa kamu masuk disini?

XXX: Itu orang suruh tunggu disini.

Aku: Bah oklah.

Nak tau bilik apa?




nie lah dia tempatnya



Ni dalam bilik tu


Terima kasih pada staff di stesen keretapi yang baik hati tu bagi kami menunggu di bilik VIP. mana suka-suka leh dapatkan. Agaknya tengok keadaan kami masa itu atau mungkin sebab kami yang tinggal untuk naik keretapi dari stesen ni pada malam tu.Tapi bila kami keluar dari bilik tu ramai pulak penumpang yang menunggu diluar. Memang betullah kami VIP malam tu..heheh semua orang memandang bila kami kuar dari bilik tu.



Keretapi delay tunggu lagi


Stesen keretapi Tapah Road dalam kenangan.

Untuk mereka yang rasanya nak cuba naik keretapi dari Tapah Road nie baik bawa bekalan makan secukupnya sebab memang tiada satu pun gerai makanan disini. Tapi ingat "JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA TAU".. ahakss..dan kenapa aku gelarkan Hamba Allah tu Abg Mat Romeo sebab ini...


Saat kami di Platform sebelah untuk ke utara dia sedang memburu lagi satu kumpulan adik-adik manis tu disana. Punya ramai orang menunggu kat tempat budak-budak perempuan tu gak dia dekat. takpelah bagi can dia mengayat. Teruskan usaha mu Abg Mat Romeo.

(semua gambar-gambar nie..ihsan dar kamera canggih salah sorang kawan yang bercuti sama. thanks yer)


8 comments:

Zonan said...

Assalamualaikum Sue..

Ko lupa pesan lg 1.. Jgn lupa bawak rokok....

Hahahahahahahaha.....

Zonan said...
This comment has been removed by the author.
Farah Jasni said...

abg romeo abg dimana... lallalalallala aduhai nsb baik tak kena mkn ngan kak sue abg romeo tu..klu tak.. kenyangla kak sue.. tp baik nya siap offer diri nak tlg belikan mknn.. naper la mukan aku yg jumpe abg romeo tuu..
abg, i single lagik.. muahhahahhahhaha

aloy_paradoks said...

gua tak puas hati dengan bilik VIP,,,, mana ada VIP naik keretapi dengan LRT....

FdausAmad said...

Gua nak jemput lu dtg kenduri kt blog gua beb..
FOLLOW skali baca doa pun xpa kasi berkat..

sue onn said...

zonan --> w'salam. yg itu tak perlu dipesan..sbb kalau yg hisap rokok pasti takleh tertinggal tu.

Farah JAsni ---> wei Osh aku rasa kenyang bila oeg soal cam tu..lagipun baik aku tolak kang dia ludah dalam makanan tu bahaya ooo..

Aloy_paradoks --> yg tu pun aku tak puashati..tapi sbb dia dah bg aku duduk tunggu dalam tu..baguslah setiap tempat ada bilik VIP..hehehe

FdausAmad ----> terima kasih dtg ziarah. sudah saya baca doa mkn disana..ambil berkat..

GC said...

Salam Cik Sue,
leka sekejap GC baca coretan kenangan Cik Sue dah rakan di Tapah. Sungguh dramatis ^.^

Walau apa sekali pun pengalaman kita, pasti tidak dapat di tukar dengan wang ringgit. Bak kata orang "Jauh berjalan Luas pandangan".

Apa-apa pun its a GOOD story to share ^.^

sue onn said...

Cik Gc ---> w'salam..syok jalan2 tapi cam biasalah..balik jln keje berlambak..poket dah kosong..keje..keje..keje..