Saturday, December 13, 2008

HaRaP BeRSaBaR SeMua..

Saya menerima banyak pertanyaan dari teman-teman tentang projek cendawan saya ini. Terima Kasih kerana anda sama-sama berasa teruja dengan aktiviti saya ini. Untuk makluman para sahabat sekalian saya kena menunggu tempoh matang bag iaitu sehingga mesilium memenuhi bag-bag tersebut barulah saya akan membuka penutup bag untuk mengeluarkan cendawan. Saya perlu menunggu keadaan tersebut agar cendawan dapat dihasilkan dengan baik. Ini kerana bag yang tidak cukup matang mungkin tidak dapat menggeluarkan cendawan atau memberi hasil yang kurang baik.

Saya sendiri tidak sabar menanti masa itu tiba. InsyaAllah saya akan buka penutup bag pada 20/12/2008 atau bergantung lagi pada keadaan miselium pada bag tersebut.

Untuk pengetahuan mereka yang mengikuti perkembangan saya dari awal, seperti yang diketahui bangsal saya tidak muat ketika bag-bag itu sampai. Saya telah menambah rak di dalam bangsal dan kini hanya ada dalam 60 bag sahaja lagi yang diluar bangsal dari 300 bag.

Segala perkembangan saya akan sentiasa laporkan untuk tatapan rakan-rakan semua. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan galakkan pada saya. Harap Bersabar ye semua...

2 comments:

GC said...

wahh....x sabar rasanye...
buleh makan sup cendawan time xmas nanti..he3x

Elle Syeila said...

YE KAMI MENUNGGU PERKEMBANGAN SELANJUTNYA....