Friday, October 31, 2008

FiKiR2KaNLaH...

Sebuah kisah sekadar untuk difikirkan..Ada apa dengan cinta???

Alkisah disuatu pulau kecil, ada CINTA, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup saling melengkapi. Mereka hidup saling melengkapi. Suatu ketika, datang badai menghempas pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA tak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia cuba mencari pertolongan. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN tolong aku!" Teriak CINTA.

"Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu, nanti perahu ini akan tenggelam." Lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihat KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!" Teriak CINTA. Namun KEGEMBIRAAN tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

Tak lama lalu pula KECANTIKAN. "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!" Teriak CINTA. Lalu jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA kamu basah dan kotor. Nanti kamu mengotori perahuku ini."

CINTA mulai menangis teresak-esak. Mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA meminta belas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamu," kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan ingin bersendirian saja...'".

CINTA putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan meneggelamkannya. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya. Oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?.

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh kearah suara itu dan melihat seorang berjanggut putih panjang sedang megayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkannya. CINTA sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakan kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua yang berjanggut itu.

"OH, Dia adalah" WAKTU", kata orang tua itu. Lalu CINTA bertanya " Tapi mengapa ia menyelamatkan ku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA hairan.

"Sebab," kata orang itu, "Hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu...."

Friday, October 24, 2008

BiLa TiN KoSoNG BeRBiCaRa..

Karpal Singh digantung dua hari

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap 'tidak serius dan main-main'.

***************************************************************************

Keputusan itu diambil oleh Pandikar Amin selepas berlaku pertikaman lidah antara Pengerusi DAP itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.

Karpal membangkitkan peraturan mesyuarat Perkara 36(4) kerana menurutnya, Mohamed Nazri telah mengeluarkan bahasa yang kurang sopan dan biadap melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) lalu meminta menteri itu menarik semula perkataan tersebut

''Sekarang, untuk tunjukkan saya serius dan tidak main-main, saya gunakan Perkara 44(3) untuk menggantung Bukit Gelugor selama dua hari daripada menghadiri Dewan kerana menggunakan perkataan kurang ajar," tegasnya.

Karpal kelihatan berkeras tidak mahu keluar ketika Bentara cuba membawanya keluar sambil berkata: ''Saya tidak mahu keluar.. anda boleh buat apa-apa sahaja yang suka.. jangan main-main."

Bagaimanapun, Pandikar Amin tetap dengan keputusannya apabila mendapati tiada kata sepakat di kalangan ahli-ahli Parlimen dalam memberi jaminan untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dalam persidangan akan datang.

Karpal akhirnya dibawa keluar oleh Bentara pada kira-kira pukul 11.35 pagi.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya, Pandikar Amin berkata, beliau amat kecewa dengan sikap Karpal memandangkan beliau sudah lama berpengalaman sebagai Ahli Parlimen dan kebetulan pula seorang peguam terkemuka.

''Kalau ada kelemahan, saya tidak kisah ditegur atau dinasihati malah saya pernah meminta pendapat beliau dan Ipoh Timur sebelum ini," katanya.

Sambil menyatakan kesabarannya ada had, Pandikar Amin berkata, beliau tidak akan membenarkan lagi tingkah laku dan perkataan yang kurang sesuai dituturkan pada sidang Dewan Rakyat selepas ini.

**************************************************************************

Inilah sebahagian dari rentetan perkara yang berlaku yg mengakibatkan Karpal Singh di gantung 2 hari. Mengapa sebenarnya perkara ini berlaku...senang saja..jawabnya kerana tidak menghormati satu sama lain..alangkah malunyer bila lihat org yg telah dipilih rakyat bertelagah seperti kanak2 yang terpaksa dileraikan oleh ibu bapa.. Yang boleh dikatakan bukan calang2 orgnya..berpelajaran tinggi dan disanjungi oleh rakyat yg mengundi mereka (sapa yg mengundilah..kalau tak takkan mereka dilantik)..apakah tiada perasaan malu pada mereka semua yg duduk didalam dewan yang sepatutnya menjadi medan utk membentuk masyarakat yg berdaya saing dan disegani di seantero dunia jika mereka sendiri seperti org yg tidak bertamadun. Mungkin agaknya terlampau menghayati atau taksub dengan slogan Malaysia Boleh! Sehingga bergaduh di dalam Parlimen pun boleh..

Ini kah Malaysia yang kita ada setelah 51 Tahun Merdeka?..

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sepatutnya dari dulu lagi patut dibuat. Tindakan ini agak terlewat kerana sepatutnya sebagai ketua yg mempunyai kuasa mutlak beliau dapat mengawal dari ketidaksopanan setiap ahli dewan yg gamaknya seperti org tidak berpelajaran tu...sesuatu yg memalukan...beginikah yg mahu di tunjuk kepada mereka yg muda..lupa ke pada "Kepimpinan Melalui Teladan" kalau inilah teladan yg ditunjukkan oleh para pemimpin..tak mustahil...akan berkubur segala impian dan wawasan negara yg dicanang2kan..

Rasanya lepas nie Yang Dipertua boleh bawa batu..baling je ahli dewan yang tak tau menghormati satu sama lain..buat penat je terpekik2 cakap..tapi tak diendahkan...itu agaknya cara nak membentuk agar mereka lebih berdisiplin dan berhati2..Bukanlah menggunakan kuasa tersebut utk kepentingan diri tapi adalah utk membentuk peribadi ahli dewan supaya lebih bersopan dalam mengutarakan setiap perkara yang dibahaskan.
Nak dikatakan memberi cadangan rasanya macam kosong je apa yg dibahaskan..inilah seperti tin kosong..bunyinya cukup bising tapi hampeh...
Maka Yang Dipertua..bertindaklah sewajarnya..jangan biarkan keadaan seperti 'bila kucing takde gigi tikus berlari2'.( jd Karam Singh jap angkat2 tangan). Untuk YB2 semua Selamat Bersidang.

Thursday, October 23, 2008

JaRi???

Cuba perhatikan jari anda.. luruskan ia dalam keadaan terbuka..perhatikan satu2...bermula dengan jari kelengkeng yang paling kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa saja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar... itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Kegagalan mendidik diusia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Jari yang kedua pulak..jari manis namanya..begitu jugalah dengan usia remaja..manisnya seperti jari yang comel mulus ini..apatah lagi disarungkan dengan sebentuk cincin bertahtakan berlian..bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas! di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.

Jari yg ketiga..jari paling tinggi..jari hantu namanya..alam dewasa menjengah...namanya pun hantu makanya berhati-hatilah kala ini kerana banyak hantu-hantu yg mengacau, yang menggoda, hantu hasad dengki, tamak dan bermacam2 lagilah hantu...kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatkan gandakan.

Jari keempat..jari telunjuk namanya...Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini...gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan...manusia yang berada ditahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali..renung Ibu jari..ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan...tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara..sekiranya petunjukmereka anda patuhi..nescayaanda boleh berkata 'good' atau 'yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari keatas...itulah rahsia kejayaan.

aKu BeRHeNTi BeRHaRaP

Adakalanya sepi itu indah...kerana saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindu..ahakss..

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan
Aku pulang… tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang… tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita

Ahh! jika org dah tak sudi..tak perlu merayu lagi kerana ia sudah tiada simpati lagi. Hati kita milik kita..Bawalah hati itu dan pergilah dari situ..


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya... sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya..

Wednesday, October 22, 2008

MeLaYu MuDaH LuPa?

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

Tuesday, October 21, 2008

aKu TaK PaHaM aKaN DiRiKu..

Hari nie aku tak tau apa yg aku rasa..bosan ke?..sedih ke?..gembira ke?..entah semuanyer bercampur menjadi satu..apa sebenarnya aku nak buat? aku tak tau...perlu puaskan hati semua org ke? aku rasa tak mampu..sampai bilalah nak keje nie..bosan tahap cipan dah nie...keje..keje..keje..keje itu satu ibadah ye keje tu satu ibadah..tapi kalau kena marah tu apa ekk?
Dunia nie tak adil ke? napa org lain leh senang je abis kan duit? napa aku takleh..kene jimat2..kene fikir ratus kali nak wat apa pun...mmmm..mati sbb berfikir jelah aku nie...
Apa sebenarnya yang aku nak???...hehehe aku pun tak tahu..yang pasti aku blurrrr sekarang nie..
Orang boleh kata apa pun pada kita tapi napa orang tak nak dengar kita kata apa pun pada dia? adil ke?..perlu ke kita jadi pendengar setia? sedangkan org tak dengar pun kisah kita..perlu ke kongsi bahagia? kalau org lain sentiasa pergi dari kita bila dia bahagia? nak ke berkongsi derita?..sedangkan bahagia pun lupa pada kita apatah lagi nak sama derita....ahh hebatnya kisah sepasang mata tak pernah berjumpa namun kala menangis bersama...
siapa sebenarnyer aku?ingin aku bahagia semua disisi tapi sapa yg bahagiakan aku..perlu ke aku jadi lilin? bakar diri sendiri utk org lain?..ye teringat aku kisah dewi cinta..cerita lilin dan bunga api..ceritanyer panjang berjela tapi yg nak disampaikan sikit aje..bunga api atau lilin?...bunga api cantik bila dibakar..meriah..tapi hanya seketika..lilin? cahaya malap tiada apa yg menarik..tapi dia kekal menyinari (selagi lilin tu lum abislah..hehehe)..ikut jelah kata bunga nie..
Mungkin hari ini tak seindah mana bagi aku..tapi aku bersyukur kerana masih bernyawa..untuk berkata2.

aNDa BaGaiMaNa?

Warna warni kehidupan di pejabat

-Ada lelaki & ada wanita
- Ada yang pura2 rajin & ada yang bersantai
- Ada yang pengampu & ada yang pak turut
- Ada yang main games & yang tidur (aku suke chat)
- Ada yang suka marah2 & yang stress
- Ada yang suka gosip & yang suka jalan2
- Ada yang suka merosakkan harta pejabat & ada yang suka ulang alik ambil minuman
- Ada pujian & makian
- Ada yang ceria & yang boring
-Tapi katanya "We're a team"
-So be fun , enjoy your time , your work & achieve the best

APA PUN JUA PERBUATAN, KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JANGAN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORANG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...SUDAHLAH..

MaRi LiHaT SaPa YaNG KeNa

Kata orang, lelaki boleh dikenali menerusi anggota badan..ye ke? ia boleh dikaitkan dengan personaliti seseorang..tak taulah sejauh mana kebenarannya..jika ada persamaan mungkin hanya sekadar kebetulan..tapi marilah kita tilik2 kut boleh diambil sebagai langkah berjaga2 kepada perempuan...kita lihat sapa yang kena...


Kulit

Warna kemerahan
Tanda seorang yg cepat naik angin dan pemarah..daya pemikirannya juga lemah dan seorang yg tidak tetap dalam melakukan pekerjaan..kurang sabar dan melakukan sesuatu tanpa fikir panjang.

Warna kehijauan kemerahan (hulk ke apa nie?)
Seorang yg bersungguh2 dlm melakukan pekerjaan. Tidak pernah menyerah kalah dan akan beruasaha mendapatkan apa yg diinginkan.

Warna kehitaman
Tanda seorang yg mempunyai kelakuan yg buruk dan tidak menghormati org lain

Kepala

Kepala bersaiz besar
Berpendirian tetap dan sederhana akalnyer.
Seorang yg berpengetahuan.
Bijak menyelesaikan masalah

Bersaiz terlalu besar tidak sepadan dengan leher
Ada yg mengatakan akal fikiran lemah dan tidak sihat.

Bersaiz kecil
Suka menurut hawa nafsu dan pendek akalnyer.
Membuat sesuatu tanpa perancangan rapi.

Dahi

Dahi luas
Seorang yg bijak dan luas akalnyer..tergolong dalam mereka yg cepat berfikir dan sentiasa memikirkan sesuatu yg baru
Tergolong dalam mereka yang berjaya dan dikenali ramai

Dahi sederhana luas dan berkerut
Mempunyai sifat penyayang..berani dan berjiwa kental.

Dahi yg byk kerut antara kening.
Seorang yg panas baran dan cepat marah

Thursday, October 16, 2008

CuKuP uNTuK HaRi Nie..

cukuplah utk ari nie..hehehe..sok2 citer lagi..aku pun tak tau nak citer apa lagi..sok sambung lagi pembelajaran dari Sifu Elle..terima kasihlah merasmikan blog aku..hehehe..thanks utk mereka yg komen gak..utk cik atie..saya budak baru belajar..utk teman2 yg lain..seronok rupanya..bila dalam umah sendiri nie tak sama cam melawat dtg umah org lain..ada yg takleh disentuh..tapi kat sini suka ati akulah nak wat apa pun..

Kau iLHaM Ku

Kau iLHaM Ku..

Beribu bintang dilangit..kini menghilang..
Meraba aku dalam kelam..
Rembulan mengambang..Kini makin suram..
Pudar ilham ku tanpa arah..

Sedetik wajahmu muncul..dalam diam..
Ada kerdipan ada sinar..
Itukah bintang atau rembulan..
Terima kasih ku ucapkan..

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu..
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu..
Maafkanlah ohhh..
Andai lagu ini..
Mengganggu ruangan hidupmu..

Kau senyumlah ohh..
Sekadar memori..
Kita di arena ini..
Kau Ilham ku..
Kau Ilham Ku.


dedikasi khas untuk teman2 di RAMFC..Sahabat2 lama yang telah menyepikan diri...dan utk cik Atie (kakak nie..panggil cik utk bg tau masih single lagi..)

aVoCaDo DaN KHaSiaTNYa...

eMMM...org kata sedap yer makan avocado nie dgn susu pekat? entah aku pun tak tau apa rasanyer..tapi mailah..kita kongsi sesuatu dgn buah yang bernama AVOCADO nie..

Beratus tahun dulu suku-suku kuno bangsa India seperti Aztec, Maya dan Inca percaya bahawa Avocado membawa pengaruh baik untuk kulit sama ada dimakan begitu sahaja atau digunakan untuk kulit. Kini melalui pengetahuan, terbukti bahawa avacado banyak mengandungi vitamin A, C, dan E, zat besi, potasium, niasin, asam pantotenik serta protien yg jarang terdapat dalam buah-buahan lain.

kali nie nak citer tentang petua..apa gaknyer leh buat dgn si avacado nie..

Tips yg pertama..lumatkan setengah biji avocado yang sudah masak..kemudian campurkan dengan 1 biji kuning telur dan setengah cawan susu. gaul campai rata..then..gunakanlah sebagai susu pembersih..gunakan toner sesuai jenis kulit masing2 sebagai penyudahnyer..

Tip yg kedua...guna bahagian dalam kulit avacado..bahagian dalam nie mengandungi humektan iaitu substansi yang mampu menahan kelembapan kulit...gosok secara lembut sekitar wajah biarkan selama 15 minit then basuh dgn air sejuk..lakukan pada waktu malam sebelum anda tidur..kerana pada waktu malam adalah waktu yang tepat bagi kulit bekerja..

Tip yang ketiga..kupas avocado kemudian potong nipis2..gunakan untuk tutup mata yang yang tengah penat tu atau sembab..biarkan 20 minit pastu..pegilah basuh..kalau rasa sayang nak buang avocado tu...emmmm makanlah..

Tip ke empat...campurkan setengah biji avocado, 1 biji putih telur, 1 sudu makan jus perahan lemon dan 2 sudu makan oatmeal dalam mangkuk kecil..bukan mangkuk hayun yer..gaul2 hingga sebati dan sampai tul nampak macam dah halus...then oleskan pada telapak tangan hingga pergelangan tangan. biarkan 20 minit pastu bilas dengan air hangat..tujuannye nak buang sel kulit mati dan melembabkan kulit...sbb oatmeal tu berfungsi sebagai eksfoliator (mengelupas kulit mati)...

sekian..selamat mencuba..yang dok kat Sabah..leh mandi dgn jus avocado sekali pasal kat sana murah yg kat Semenanjung..anggaplah membelai diri yer..faham2 jelah bape harga avocado disini..

CeRiTa Si KuNaNG2..

Kalau dulu masa kecil bila nampak si kunang nie, yang terfikir dikepala ada hantu..mana taknyer dalam gelap di semak2 tiba2 berkelip2 bercahaya..itulah sikunang2 atau kelip2 yang dalam bahasa Inggerisnya Firefly atau nama saintifiknya Pteroptyx Valida..(kalau salah minta tolong betulkan)

Bagaimana Kunang2 @ Kelip2 Bercahaya?

Kunang2 tidak memancarkan cahaya secara terus menerus melainkan berkerlap kerlip..ia seperti ada suis yang boleh dihidupkan dan dimatikan seperti suis lampu.. Pelikkan? Tapi benar..Prof Barry Trimmer dari Tufts University, Massachusetts, telah menemukan rahsia kerlap kerlip yang dihasilkan oleh kunang2. Dalam penemuannya, ia menemukan nitrogen oksida (NO) yang menjadi singnal flash sekaligus menjadi kunci mekanisme kerlap kerlip cahaya kunang2.

Dijelaskan bahawa kunang2 memiliki sel pemantul cahaya yang mengandungi banyak senyawa luciferin. Senyawa ini bereaksi dengan adenosine triphosfat (ATP). Cahaya lalu dihasilkan oleh bahagian tubuh yang bernama luciferin bercampur dengan enzim yang disebut luciferase.

Dengan adanya luciferase dan luciferin ia akan menjadi aktif bila bergabung dgn Oksigen. hasik gabungan ini akan menghasilkan tenaga lalu ia timbul sebagai sebagai cahaya dibantu oleh Nitrogen Oksida tadi...

Reaksi berlangsung di dalam sel Photocyte sehingga cahaya dapat dilihat. Sistem kerja saraf akan mengatur perut kunang2 untuk mengeluarkan flash secara bertempoh dan teratur...

Apa Fungsi Cahaya Kunang2?

Sebenarnya cahaya kunang2 tu adalah isyarat mereka untuk mengawan...hehehe...yang jantan mengelip2 dan yg betina menjawab dengan mengelip gak...so dua2 setuju..kahwinlah ia..

Selain dari tu..ia juga sebagai tanda peringatan tentang ancaman bahaya ataupun amaran kepada serangga dan burung pemangsa agar tidak memakannyer..

Wednesday, October 15, 2008

TeRiMa KaSiH..

Thanks untuk Elle, Fyena dan Frodo...akhirnyer berjaya gak aku buat blog nie...hehehe..