KUALA LUMPUR 23 Okt. - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap 'tidak serius dan main-main'.
***************************************************************************
Keputusan itu diambil oleh Pandikar Amin selepas berlaku pertikaman lidah antara Pengerusi DAP itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.
Karpal membangkitkan peraturan mesyuarat Perkara 36(4) kerana menurutnya, Mohamed Nazri telah mengeluarkan bahasa yang kurang sopan dan biadap melibatkan golongan orang kurang upaya (OKU) lalu meminta menteri itu menarik semula perkataan tersebut
Karpal kelihatan berkeras tidak mahu keluar ketika Bentara cuba membawanya keluar sambil berkata: ''Saya tidak mahu keluar.. anda boleh buat apa-apa sahaja yang suka.. jangan main-main."
Bagaimanapun, Pandikar Amin tetap dengan keputusannya apabila mendapati tiada kata sepakat di kalangan ahli-ahli Parlimen dalam memberi jaminan untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dalam persidangan akan datang.
Karpal akhirnya dibawa keluar oleh Bentara pada kira-kira pukul 11.35 pagi.
Dalam sidang akhbar di pejabatnya, Pandikar Amin berkata, beliau amat kecewa dengan sikap Karpal memandangkan beliau sudah lama berpengalaman sebagai Ahli Parlimen dan kebetulan pula seorang peguam terkemuka.
''Kalau ada kelemahan, saya tidak kisah ditegur atau dinasihati malah saya pernah meminta pendapat beliau dan Ipoh Timur sebelum ini," katanya.
**************************************************************************
Inilah sebahagian dari rentetan perkara yang berlaku yg mengakibatkan Karpal Singh di gantung 2 hari. Mengapa sebenarnya perkara ini berlaku...senang saja..jawabnya kerana tidak menghormati satu sama lain..alangkah malunyer bila lihat org yg telah dipilih rakyat bertelagah seperti kanak2 yang terpaksa dileraikan oleh ibu bapa.. Yang boleh dikatakan bukan calang2 orgnya..berpelajaran tinggi dan disanjungi oleh rakyat yg mengundi mereka (sapa yg mengundilah..kalau tak takkan mereka dilantik)..apakah tiada perasaan malu pada mereka semua yg duduk didalam dewan yang sepatutnya menjadi medan utk membentuk masyarakat yg berdaya saing dan disegani di seantero dunia jika mereka sendiri seperti org yg tidak bertamadun. Mungkin agaknya terlampau menghayati atau taksub dengan slogan Malaysia Boleh! Sehingga bergaduh di dalam Parlimen pun boleh..
Ini kah Malaysia yang kita ada setelah 51 Tahun Merdeka?..
Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sepatutnya dari dulu lagi patut dibuat. Tindakan ini agak terlewat kerana sepatutnya sebagai ketua yg mempunyai kuasa mutlak beliau dapat mengawal dari ketidaksopanan setiap ahli dewan yg gamaknya seperti org tidak berpelajaran tu...sesuatu yg memalukan...beginikah yg mahu di tunjuk kepada mereka yg muda..lupa ke pada "Kepimpinan Melalui Teladan" kalau inilah teladan yg ditunjukkan oleh para pemimpin..tak mustahil...akan berkubur segala impian dan wawasan negara yg dicanang2kan..
1 comment:
ala biasalah politikkan (sambil jari tangan mengetuk2 meja dan tangan sebelah lagi mencekak pinggang)
Post a Comment