Thursday, October 16, 2008

aVoCaDo DaN KHaSiaTNYa...

eMMM...org kata sedap yer makan avocado nie dgn susu pekat? entah aku pun tak tau apa rasanyer..tapi mailah..kita kongsi sesuatu dgn buah yang bernama AVOCADO nie..

Beratus tahun dulu suku-suku kuno bangsa India seperti Aztec, Maya dan Inca percaya bahawa Avocado membawa pengaruh baik untuk kulit sama ada dimakan begitu sahaja atau digunakan untuk kulit. Kini melalui pengetahuan, terbukti bahawa avacado banyak mengandungi vitamin A, C, dan E, zat besi, potasium, niasin, asam pantotenik serta protien yg jarang terdapat dalam buah-buahan lain.

kali nie nak citer tentang petua..apa gaknyer leh buat dgn si avacado nie..

Tips yg pertama..lumatkan setengah biji avocado yang sudah masak..kemudian campurkan dengan 1 biji kuning telur dan setengah cawan susu. gaul campai rata..then..gunakanlah sebagai susu pembersih..gunakan toner sesuai jenis kulit masing2 sebagai penyudahnyer..

Tip yg kedua...guna bahagian dalam kulit avacado..bahagian dalam nie mengandungi humektan iaitu substansi yang mampu menahan kelembapan kulit...gosok secara lembut sekitar wajah biarkan selama 15 minit then basuh dgn air sejuk..lakukan pada waktu malam sebelum anda tidur..kerana pada waktu malam adalah waktu yang tepat bagi kulit bekerja..

Tip yang ketiga..kupas avocado kemudian potong nipis2..gunakan untuk tutup mata yang yang tengah penat tu atau sembab..biarkan 20 minit pastu..pegilah basuh..kalau rasa sayang nak buang avocado tu...emmmm makanlah..

Tip ke empat...campurkan setengah biji avocado, 1 biji putih telur, 1 sudu makan jus perahan lemon dan 2 sudu makan oatmeal dalam mangkuk kecil..bukan mangkuk hayun yer..gaul2 hingga sebati dan sampai tul nampak macam dah halus...then oleskan pada telapak tangan hingga pergelangan tangan. biarkan 20 minit pastu bilas dengan air hangat..tujuannye nak buang sel kulit mati dan melembabkan kulit...sbb oatmeal tu berfungsi sebagai eksfoliator (mengelupas kulit mati)...

sekian..selamat mencuba..yang dok kat Sabah..leh mandi dgn jus avocado sekali pasal kat sana murah yg kat Semenanjung..anggaplah membelai diri yer..faham2 jelah bape harga avocado disini..

3 comments:

fyena said...

entry ni memang sesuai utk kak illa...n utk fyena yg x tau pape pasal avokado ni...hehe

Anonymous said...

aku kat kk bukan lagi lulur siap mandi avocado lag.... heheheh

illaieylla said...

amboi bagusnya entry sue buat ni hehe...... sape nak try