Cuba perhatikan jari anda.. luruskan ia dalam keadaan terbuka..perhatikan satu2...bermula dengan jari kelengkeng yang paling kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa saja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar... itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Kegagalan mendidik diusia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Jari yang kedua pulak..jari manis namanya..begitu jugalah dengan usia remaja..manisnya seperti jari yang comel mulus ini..apatah lagi disarungkan dengan sebentuk cincin bertahtakan berlian..bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas! di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.
Jari yg ketiga..jari paling tinggi..jari hantu namanya..alam dewasa menjengah...namanya pun hantu makanya berhati-hatilah kala ini kerana banyak hantu-hantu yg mengacau, yang menggoda, hantu hasad dengki, tamak dan bermacam2 lagilah hantu...kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatkan gandakan.
Jari keempat..jari telunjuk namanya...Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini...gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan...manusia yang berada ditahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali..renung Ibu jari..ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan...tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara..sekiranya petunjukmereka anda patuhi..nescayaanda boleh berkata 'good' atau 'yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari keatas...itulah rahsia kejayaan.
Ulasan Novel RAM: BANJA MANGGLA oleh D'ulatbuku
6 years ago
2 comments:
su.. kalau jari terlebih tu macam mana pula?
Hi sue,
bernas sungguh entry nieh. sungguh membuka minda... tak sia-sia GC link kat blog "cahaya si kunang2"
SYABAS SUE ONN..!!!
-i like-
><(((:>GC<:)))><
Post a Comment