Thursday, November 6, 2008

aNTaRa aNuGeRaH & KePuaSaN...

Hidup aku simple..aku akan lakukan sesuatu dengan hati yg ikhlas tanpa mengharap apa2 balasan jika perkara tu amat aku sukai. Bertitik tolak dari itulah aku menawarkan diri untuk melatih skuad hoki perempuan Sek Men Chaah..sekolah aku dulu. Kerana aku adalah bekas kapten pasukan hoki sekolah dulu makanya aku amat senang dengan tanggungjawab itu..Terima kasih kepada Maria..hehehe Cikgu Maria..kerana telah menawarkan tugas itu pada aku..aku amat hargainyer. Tahun 2007 ..tahun pertama tanggungjawab itu aku galas..tapi dek kerana masa yang diberikan terlalu singkat..aku gagal memberi hasil yang memuaskan..2 minggu nak berlatih..aku dapat tahu tarikh perlawanan ketika sedang bercuti di Sabah. Balik dari bercuti aku mulakan latihan..hanya waktu petang selepas jam 5 iaitu lepas aku balik dari keje..tapi aku nekad akan datang ia akan jadi lebih baik.

Tahun 2008..ini adalah tahun bermakna bagi aku..sekali lagi tanggungjawab sebagai jurulatih aku galas... persiapan awal telah ku buat..naik hitam budak2 tu aku kerjakan..pagi dan petang latihan dibuat..aku korbankan bukan sekadar masa namun wang ringgit gak..hari sabtu kenalah kuar duit beli makanan budak2..nak jimat masa dan tambang mereka..namun pada aku itu bukanlah menjadi isu yang besar..kerana aku betul2 sayang akan team nie.
Akhirnya kerja keras itu membuahkan hasil..walaupun berjaya di tempat ke 3 namun aku rasa bahagia sangat...terlalu bahagia...sukar aku ungkapkan dengan kata-kata.

Aku tak minta dikenang atau dibalas dengan apa pun..kerana bagi aku itulah kepuasan untuk diri aku..kejayaan itu adalah lebih bererti dari anugerah apa pun yang diberi...pada aku itulah yang mampu aku sumbangkan kepada sebuah sekolah yang telah banyak berjasa dan menjadikan aku seorang insan.

13 comments:

Linda Amri said...

tahniah sueonn! wah, nko main hoki ke? aku plg tak suka main hoki, aku main handball, baskettball, netball tp bukan hockeyball, muihihihihihi

Anonymous said...

tahniah.... tahniah... syabas,,, syabas,,, semoga terus sukses.

akimsensei said...

wah kak sueonn, gile lasak siot.. haha.. btw, tahniah.. ye betul tu, yg penting, kepuasan yang kita dapat tu kan.. :) congrats..

Anonymous said...

waaahhh,,sue
caya ler.....
caiyok..muge thn ni dpt johan

sue onn said...

kak linda leh teruskan aktiviti memasak...kepuasan tu lebih bererti dari penghargaan akim..

Anonymous said...

Sue tahun depan kau bagi juara pula ok.

akimsensei said...

"Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik."

kaksueonn, pegang kata2 org melayu paling kaya ni okey.. :)

Sabiah said...

wahhh cayalah kak sue.sy pun xpenah dpt anugerah cm ni.. =(

Elle Syeila said...

wah kami di RAMFC berasa bangga dengan kejayaan cik Sue Onn....nanti kami akan postkan Igauan Maut k? Tapi sue onn, aku nak mention benda lain bahawasanya artis minggu lepas memang sgt popular, harap2 ko faham maksud aku nie....kita kompang jap...pak2 pak2 pong2

Elle Syeila said...

Lagu tema...

Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho

sue onn said...

nasib badanlah elle..tapi aku tak pernah jaki pun..suka lagi ada..hehehehe..kita leh buat majlis secara rasmi masa gathering tak nanti elle?syok gak masa gathering ada nasi minyak...

thanks elle..aku terharu dgn lagu tu..

Anonymous said...

lagu haper yang kak sue nyanyi tu ... cam sedey jek ... muhehehhe ...

wah habibie ku yayang sue .... tahniah ... kita x pernah gik dapat anugerah kualiti ni!!! ni mesti bab kita selalu g merempit & berboya-boya bila free. ngeh ngeh ngeh ...

pe pown ... tahniah! hidup "hoki"!!!-tahniah malaysia dapat perak sukan komanwel 1998 (walaupun dah sedekad berlalu ... xterlewat agik kaan) mihiahiahiahia <-----gelak macho sunan!!!

salam keilhlasan
-kucing^^parsi^^lentok^^HOT-

Anonymous said...

Tahniah Sue!
DiMana Bumi DiPijak
DiSitu Langit DiJunjung ;P

Teruskan Usaha & Selamat Berjaya

><(((:>GC<:)))><