Friday, November 21, 2008
MaMPu Ke aKu BuaT BeNDa Nie?
Terima kasih buat Mak yang menyokong aku 100% dan keluarga ku yg lain..kali ini mereka sokong aku sepenuhnyer... hehehe... mestilah sokong duit aku sepenuhnyer yg kuar. Thanks a lot utk sahabat merangkap tukang nasihat merangkap kakak dan merangkap punching bag aku..hihihi..sis Atie..thanks a lot kerana sentiasa di hatiku (hihi.. sebab jauh takleh guna perkataan disamping) dalam apa jua keadaan.. dikala bulan mengambang..di kala bulan separuh..di kala bulan penuh dan dikala langit tiada bulan..aku tak perlu luah ko paham segalanya.
Sehingga saat nie aku masih berkira2 ...mampukah aku laksanakan projek nie...hahaha dah giler duit dah kuar lagi nak main teka teki. Ya Aku Akan Teruskan!!!..Moga kejayaan akan sentiasa bersamaku...
Friday, November 14, 2008
MaTa DaN KaWaN
Mereka berkedip bersama...........,
Bergerak bersama..........,
Menangis bersama...........,
Melihat bersama dan..........,
Tidur bersama..........
Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.............
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN..............
Wednesday, November 12, 2008
CeRiTa KaTaK
Perlumbaan dimulai...
Secara jujur.. Tak satu pun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan mencapai puncak menara. Terdengar suara,"Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak atau "Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu sukar!!! Tak seorang pun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.. Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak. Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
Moral cerita ini adalah:
Jangan dengar cakap orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Tetaplah selalu....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:
Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahawa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu! Selalulah berfikir: I can do this!
Cerita ini sentiasa aku refresh di kepala bila saat2 putus asa cuba bertandang dipintu hati. Ahhh!!! pekakkan telinga dan terus maju kehadapan..AKU BOLEH LAKUKAN!!!
Tuesday, November 11, 2008
BiLa SuDaH KeNa..JaWaBLaH..TaG KaK iLLa
Ibuku..family..kawan…diary dan telefon
Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
Beli bukulah
Di manakah tempat impian perkahwinan anda?
Macam mana nak impikan…tunggu jumpa dululah
Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
Ku harap sampai nafas yang terakhir
Adakah anda sedang di lamun cinta?
Tidak…kerana takde masa nak mencari cinta
Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
Restoran??? Mak marah makan kat luar.
Namakan buku terakhir yang anda beli?
Novel sapa lagi nak beli..novel Bro Ramlee lah...Ranggau..Satu Janji Dan ADAM.
Apakah nama penuh anda?
Perlu ke?
Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
Dengan Arwah Abah tapi sekarang dgn maklah
Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Sapa yang ingin aku jumpa? Aku ingin jumpa mereka yang ingin jumpa aku…
Christina atau Britney????
Takde kena mengena mereka berdua nie
Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
Basuh sendirilah nak kena luku pala ke suruh mak
Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
Hehehe…byk tu tempatnyer..tapi aku suka pegi Sabah..hajat dihati nak ke
Australia..sampai seru ke Mekah..
Pelukan atau ciuman?
Dua2 tak boleh ke?
Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
Kak Illa..yg pasti cun org nyer
Kalau marah suka speaking tu
Suka makan kambing
Hehehe…sifat keibuan nyer terserlah
Sanggup kuar duit byk2 utk vitamin..
8 perkara yang amat saya gilai
Camera
Tgk akaun banklah..byk duit rajin keje..ahakss
Jalan2 cari makan..
Suka cium bau pelam..ahaksss
Coklat
Kayu hoki ..dah berenti main pun rasa nak beli je lagi
Suka baca buku kat kedai buku tapi tak beli..
8 perkataan yang sering di ucapkan lah
Emmmm
Ahaksss
Ok
Ye lah
Sengal
Aikkk
Entahlah
Banyaklah lagi nak sebut satu2 tak cukup ruang nie
8 buah buku yang paling terbaru di baca
HSP…HSP…HSP…HSP…HSP…HSP….HSP….HSP
9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
Sayang Kinabalu..hehehe elle mesti boring..
Sorry Seems To Be The Hardest Word…100x pun takpe
Unfaithful
My Baby You
Bawa ku Terbang
Thats Why You Go Away
Andai Ku Tahu
Banyaklah lagi….
8 perkara saya pelajari tahun lalu
Ø Peduli apa kata org.
Ø Jaga hati sendiri sebelum sibuk jaga hati org
Ø Sayangi org seadanyer
Ø Keluarga itu lebih penting dari segalanyer
Ø Serlahkan keyakinan sendiri baru org akan respect anda
Ø Respect diri anda sebelum mahu org respect anda.
Ø Belajar jadi kedekut…hahaha
Ø Belajar demand pada org lain atas kebolehan anda.
Thursday, November 6, 2008
aNTaRa aNuGeRaH & KePuaSaN...
Wednesday, November 5, 2008
WaHai HaTi aPa MaHu Mu?
Wahai hati apa mahu mu..aku dah tak tahan menanggung resah ini.Ya Allah ..Kau berikanlah aku kekuatan sekali lagi utk terus bangkit..cukuplah sekali aku tersungkur..hatiku ini cukup kecil Ya Allah..janganlah Kau ujinya lagi...Akukah manusia yang terpilih untuk diuji lagi..kalau itu yg tersurat aku terimanya Ya Allah..hanya satu ku pinta lapangkan dada ku utk teruskan perjuangan ini.
Wahai hati aku tak tau apa mahu mu..namun aku akan jaga dirimu agar kau tidak lagi dilukai..tidak lagi disakiti.
Monday, November 3, 2008
Dia YaNG Ku KeNaL...
Antara yang mula2 aku kenal dia chatbox RAMFC..1 November 2008..akhirnya menjadi tarikh yang bersejarah..Inilah 1 kebaikan internet walaupun ada 1000 keburukannya. Kesian Kak Illa kena tunggu kat 1 jam..hehehe penantian satu penyeksaan..Maaf kelewatan tak dapat dielakkan kerana aku dari tempat keje...Pada sesiapa yang nak mengenalinya boleh hubungi aku..sebab dia SAA..sendiri pikirlah apa maksudnya.
Takde rezeki nak belanja makan ikan patin pasal kedai makan RZ tutup time tu..tu dia nampak kat belakang kedai yg tutup tu..kalau tak..emm...sedap tul makan kat situ.. takpe next time jumpa kita pegi sana lak kak illa.
Aku story sikit tentang Kak Illa..nie sapa nak kawan dengan dia pastikan anda byk modal bercakap..hehehe sebab Kak Illa pendiam sikit..tapi kalau dah mesra agaknya dia non stop kut cakap..ahaksss.. Orangnya cantik..rugi oooo sapa tak masuk line..daring gitu..sporting..emmm yang pasti ciri keibuan tu tetap ada..bahagialah sapa yg dapat dia..cepat2 kekosongan masih dibuka lagi.
Semoga perkenalan ini akan mengeratkan lagi talian silaturrahim antara kita..Amin..Lepas nie sapa lak aku nak jumpa..maybe YDP Elle..
