Saturday, November 22, 2008

aNGaN2 HaMPiR MeNJaDi ReaLiTi

21 November 2008 siaplah bangsal dan rak cendawan yg aku impi-impikan...tinggal utk tempah bag-bag cendawan aje nie..ni kos yang terakhir aku keluarkan untuk menjadikan angan-angan aku sebagai realiti..




Rangka bangsal yang dibuat siap kira2 60%. kerja nie mula pada 20 Nov 2008. Hati rasa cuak lak bila rangka bangsal nie dah dibuat. Masa nie aku tertanya-tanya lak dalam hati betul ke aku nak buat nie?...hihihi..






Bangsal @ rumah cendawan aku dah siap. Hari nie aku bertambah yakin ia akan menjadi realiti..netting hitam siap dipasang.








Bahagian dalam rumah cendawan..Rak-rak nie akan aku susun bag-bag cendawan nanti..










Nie bakal Project Manager aku....hehehe..dia yang sibuk masa org buat rumah cendawan nie.



Dengan siapnya bangsal @ rumah cendawan nie aku akan buat langkah seterusnya..so lepas nie bila sampai masa bag-bag cendawan aku akan susun dalam rumah cendawan nie.

Aku sahut cabaran ini..kerana aku tak nak impian ini sekadar jadi impian yang bercendawan tanpa aku jadikan dia cendawan yang boleh mendatangkan sumber pendapatan tambahan padaku.. Moga langkah ku kali ini diberkati...

Friday, November 21, 2008

MaMPu Ke aKu BuaT BeNDa Nie?

Semalam 20 November 2008 ...langkah kedua bermula setelah langkah pertama aku lakukan..hehehe cam tak percaya je..bangsal utk projek cendawan aku dah mula dibuat oleh abg ipar aku..semalam bila balik dari keje aku tgk bangsal tu dah mula dibuat..tapi dalam 60% lah..hati aku masih terdetik lagi..betul ke aku nak buat projek cendawan nie?..cam tak percaya pun ada..tapi dengan modal yang aku dah kuarkan ..aku kena teruskan dan aku kena buktikan..ini bukan semata2 angan2 kosong aku.
Terima kasih buat Mak yang menyokong aku 100% dan keluarga ku yg lain..kali ini mereka sokong aku sepenuhnyer... hehehe... mestilah sokong duit aku sepenuhnyer yg kuar. Thanks a lot utk sahabat merangkap tukang nasihat merangkap kakak dan merangkap punching bag aku..hihihi..sis Atie..thanks a lot kerana sentiasa di hatiku (hihi.. sebab jauh takleh guna perkataan disamping) dalam apa jua keadaan.. dikala bulan mengambang..di kala bulan separuh..di kala bulan penuh dan dikala langit tiada bulan..aku tak perlu luah ko paham segalanya.
Sehingga saat nie aku masih berkira2 ...mampukah aku laksanakan projek nie...hahaha dah giler duit dah kuar lagi nak main teka teki. Ya Aku Akan Teruskan!!!..Moga kejayaan akan sentiasa bersamaku...

Friday, November 14, 2008

MaTa DaN KaWaN

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama...........,
Bergerak bersama..........,
Menangis bersama...........,
Melihat bersama dan..........,
Tidur bersama..........
Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....

PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.............
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN..............

Wednesday, November 12, 2008

CeRiTa KaTaK

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

Perlumbaan dimulai...
Secara jujur.. Tak satu pun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan mencapai puncak menara. Terdengar suara,"Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak atau "Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak
"Terlalu sukar!!! Tak seorang pun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.. Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak. Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Moral cerita ini adalah:

Jangan dengar cakap orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:
Tetaplah selalu....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:

Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahawa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu! Selalulah berfikir: I can do this!

Cerita ini sentiasa aku refresh di kepala bila saat2 putus asa cuba bertandang dipintu hati. Ahhh!!! pekakkan telinga dan terus maju kehadapan..AKU BOLEH LAKUKAN!!!

Tuesday, November 11, 2008

BiLa SuDaH KeNa..JaWaBLaH..TaG KaK iLLa

Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Ibuku..family..kawan…diary dan telefon

Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
Beli bukulah

Di manakah tempat impian perkahwinan anda?
Macam mana nak impikan…tunggu jumpa dululah

Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
Ku harap sampai nafas yang terakhir

Adakah anda sedang di lamun cinta?
Tidak…kerana takde masa nak mencari cinta

Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
Restoran??? Mak marah makan kat luar.

Namakan buku terakhir yang anda beli?
Novel sapa lagi nak beli..novel Bro Ramlee lah...Ranggau..Satu Janji Dan ADAM.

Apakah nama penuh anda?
Perlu ke?

Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
Dengan Arwah Abah tapi sekarang dgn maklah

Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Sapa yang ingin aku jumpa? Aku ingin jumpa mereka yang ingin jumpa aku…

Christina atau Britney????
Takde kena mengena mereka berdua nie

Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
Basuh sendirilah nak kena luku pala ke suruh mak

Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
Hehehe…byk tu tempatnyer..tapi aku suka pegi Sabah..hajat dihati nak ke
Australia..sampai seru ke Mekah..

Pelukan atau ciuman?
Dua2 tak boleh ke?

Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
Kak Illa..yg pasti cun org nyer
Kalau marah suka speaking tu
Suka makan kambing
Hehehe…sifat keibuan nyer terserlah
Sanggup kuar duit byk2 utk vitamin..

8 perkara yang amat saya gilai
Camera
Tgk akaun banklah..byk duit rajin keje..ahakss
Jalan2 cari makan..
Suka cium bau pelam..ahaksss
Coklat
Kayu hoki ..dah berenti main pun rasa nak beli je lagi
Suka baca buku kat kedai buku tapi tak beli..

8 perkataan yang sering di ucapkan lah
Emmmm
Ahaksss
Ok
Ye lah
Sengal
Aikkk
Entahlah
Banyaklah lagi nak sebut satu2 tak cukup ruang nie

8 buah buku yang paling terbaru di baca
HSP…HSP…HSP…HSP…HSP…HSP….HSP….HSP

9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
Sayang Kinabalu..hehehe elle mesti boring..
Sorry Seems To Be The Hardest Word…100x pun takpe
Unfaithful
My Baby You
Bawa ku Terbang
Thats Why You Go Away
Andai Ku Tahu
Banyaklah lagi….

8 perkara saya pelajari tahun lalu

Ø Peduli apa kata org.
Ø Jaga hati sendiri sebelum sibuk jaga hati org
Ø Sayangi org seadanyer
Ø Keluarga itu lebih penting dari segalanyer
Ø Serlahkan keyakinan sendiri baru org akan respect anda
Ø Respect diri anda sebelum mahu org respect anda.
Ø Belajar jadi kedekut…hahaha
Ø Belajar demand pada org lain atas kebolehan anda.

Thursday, November 6, 2008

aNTaRa aNuGeRaH & KePuaSaN...

Hidup aku simple..aku akan lakukan sesuatu dengan hati yg ikhlas tanpa mengharap apa2 balasan jika perkara tu amat aku sukai. Bertitik tolak dari itulah aku menawarkan diri untuk melatih skuad hoki perempuan Sek Men Chaah..sekolah aku dulu. Kerana aku adalah bekas kapten pasukan hoki sekolah dulu makanya aku amat senang dengan tanggungjawab itu..Terima kasih kepada Maria..hehehe Cikgu Maria..kerana telah menawarkan tugas itu pada aku..aku amat hargainyer. Tahun 2007 ..tahun pertama tanggungjawab itu aku galas..tapi dek kerana masa yang diberikan terlalu singkat..aku gagal memberi hasil yang memuaskan..2 minggu nak berlatih..aku dapat tahu tarikh perlawanan ketika sedang bercuti di Sabah. Balik dari bercuti aku mulakan latihan..hanya waktu petang selepas jam 5 iaitu lepas aku balik dari keje..tapi aku nekad akan datang ia akan jadi lebih baik.

Tahun 2008..ini adalah tahun bermakna bagi aku..sekali lagi tanggungjawab sebagai jurulatih aku galas... persiapan awal telah ku buat..naik hitam budak2 tu aku kerjakan..pagi dan petang latihan dibuat..aku korbankan bukan sekadar masa namun wang ringgit gak..hari sabtu kenalah kuar duit beli makanan budak2..nak jimat masa dan tambang mereka..namun pada aku itu bukanlah menjadi isu yang besar..kerana aku betul2 sayang akan team nie.
Akhirnya kerja keras itu membuahkan hasil..walaupun berjaya di tempat ke 3 namun aku rasa bahagia sangat...terlalu bahagia...sukar aku ungkapkan dengan kata-kata.

Aku tak minta dikenang atau dibalas dengan apa pun..kerana bagi aku itulah kepuasan untuk diri aku..kejayaan itu adalah lebih bererti dari anugerah apa pun yang diberi...pada aku itulah yang mampu aku sumbangkan kepada sebuah sekolah yang telah banyak berjasa dan menjadikan aku seorang insan.

Wednesday, November 5, 2008

WaHai HaTi aPa MaHu Mu?

Tatkala org lain tgh sibuk buat keje..berchatting..aku lak takde hati nak buat semua tu..napa? entah..sarat tul rasa hati..apa yg aku simpan sebenarnya nie. terkenang rakan lama yang dah menyepi?..terkenang kenangan lama yg telah pergi?..yang pasti hati aku jadi hiba sendiri kerana terkenang arwah abah yang telah lama pergi....

Wahai hati apa mahu mu..aku dah tak tahan menanggung resah ini.Ya Allah ..Kau berikanlah aku kekuatan sekali lagi utk terus bangkit..cukuplah sekali aku tersungkur..hatiku ini cukup kecil Ya Allah..janganlah Kau ujinya lagi...Akukah manusia yang terpilih untuk diuji lagi..kalau itu yg tersurat aku terimanya Ya Allah..hanya satu ku pinta lapangkan dada ku utk teruskan perjuangan ini.

Wahai hati aku tak tau apa mahu mu..namun aku akan jaga dirimu agar kau tidak lagi dilukai..tidak lagi disakiti.

Monday, November 3, 2008

Dia YaNG Ku KeNaL...



Antara yang mula2 aku kenal dia chatbox RAMFC..1 November 2008..akhirnya menjadi tarikh yang bersejarah..Inilah 1 kebaikan internet walaupun ada 1000 keburukannya. Kesian Kak Illa kena tunggu kat 1 jam..hehehe penantian satu penyeksaan..Maaf kelewatan tak dapat dielakkan kerana aku dari tempat keje...Pada sesiapa yang nak mengenalinya boleh hubungi aku..sebab dia SAA..sendiri pikirlah apa maksudnya.

Takde rezeki nak belanja makan ikan patin pasal kedai makan RZ tutup time tu..tu dia nampak kat belakang kedai yg tutup tu..kalau tak..emm...sedap tul makan kat situ.. takpe next time jumpa kita pegi sana lak kak illa.

Aku story sikit tentang Kak Illa..nie sapa nak kawan dengan dia pastikan anda byk modal bercakap..hehehe sebab Kak Illa pendiam sikit..tapi kalau dah mesra agaknya dia non stop kut cakap..ahaksss.. Orangnya cantik..rugi oooo sapa tak masuk line..daring gitu..sporting..emmm yang pasti ciri keibuan tu tetap ada..bahagialah sapa yg dapat dia..cepat2 kekosongan masih dibuka lagi.

Semoga perkenalan ini akan mengeratkan lagi talian silaturrahim antara kita..Amin..Lepas nie sapa lak aku nak jumpa..maybe YDP Elle..