Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...
Perlumbaan dimulai...
Secara jujur.. Tak satu pun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan mencapai puncak menara. Terdengar suara,"Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak atau "Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu sukar!!! Tak seorang pun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.. Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak. Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
Moral cerita ini adalah:
Jangan dengar cakap orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Tetaplah selalu....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:
Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahawa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu! Selalulah berfikir: I can do this!
Cerita ini sentiasa aku refresh di kepala bila saat2 putus asa cuba bertandang dipintu hati. Ahhh!!! pekakkan telinga dan terus maju kehadapan..AKU BOLEH LAKUKAN!!!
Ulasan Novel RAM: BANJA MANGGLA oleh D'ulatbuku
6 years ago
4 comments:
KAK SUE... TERIMA KASIH SEBAB KELUARKAN CERITA KATAK NI...
MEMANG SEKARANG NI KITE DAH RASA NAK GIVE UP DENGAN KERJA NI... RASE DIRI TAK BERGUNA LANGSUNG KAT SINI.. RASA TAK DIPERLUKAN.. SEMUA CIKGU2 PENOLONG KAT SINI TENGOK KITE THEN PANDANG LAIN.. KAT KANTIN MEREKA STILL BERCERITA KEBURUKAN KITE.. AND KITE TAHU BENDE TU.. HANYA KERANA KITA BUDAK BARU BELAJAR BEKERJA... BANYAK BENDA TAK TAHU.. THEN.. BILE BUAT SALAH SIKIT TERUS BUAT KESIMPULAN MATI TERHADAP KITE.. TERUS MENGHUKUM TANPA HAKIM KEPADA KITA.. TAPI BILE KITE BACA CERITA TU.. SIKIT SEBANYAK KITA SEDAR.. KITE AKAN MALUKAN DIORANG DENGAN KEJAYAAN KITE.. AND MASE TU KITE AKAN BLAH DARI SINI.. BIAR DIORANG TAHU MACAM MANE RASE BILE "BUDAK BARU" YANG LAIN DATANG PULAK... TERIMA KASIH KAK SUE.. AND KAK SUE MESTI KENAL KITE KAN.. TAK PAYAH LAH KENALKAN DIRI... SEKARANG NI KITA DALAM TERTEKAN SANGAT2.. TERTEKAN DENGAN SIKAP GURU2 PENTADBIR YANG TAK PERNAH NAK MENYOKONG TAPI MEMPERLEKEHKAN ORANG BAWAHAN YANG BARU NAK BELAJAR BAGAIMANA MENGURUSKAN PEKERJAAN... ATKPE.. BUDAK BARU NI AKAN MENONJOLKAN DIRI TAK LAMA LAGI.. "SATU JANJI"...
SALAM..
teruskan usaha nizah....ko antara 1 bintang yg bersinar diantara berjuta bintang...pekak kan telinga.teruskan buat keje...
teringat seseorang berkata,
pedulikan ape org lain kata kerana tak ade satu tugu pun yang dibina untuk memperingati mereka....
klu kita bukan dlm kategori pekak..satu lagi cara adalah...sumbat tlinga ngn ear phone...macam fyena uat slalu kat ofis ni...gunalah ipod hahaha...klu ada hpone yg ada mp3...so gunakan lah...slain tu ia satu cara utk menjauhi dosa tlinga...yelah..org mgumpat ke cita yg pelik2 ke..sumbat je tlinga korg tu...tp jgn di amalkan slalu..kang betul2 pekak fyena x tangung...
Post a Comment