Friday, June 26, 2009

aPa YaNG PeNTiNG???...


KERJASAMA!!!..


Budak kecik pun reti dah lagu wonderpets tu. Tapi apa yang korang rasa bila satu pejabat ada yang hanya dok menumpang atas kerja korang jek? Sakit hati?..Marah?..Bengang?

Ada sesiapa yang boleh bagi cadangan bagaimana nak "nyah" mereka dari pandangan mata kita?

Membantu orang itu baik.. Tidak terlalu berkira pun baik juga..Tapi kalau kita asyik dipergunakan..itu namanya tidak baik untuk KESIHATAN .

KiSaH aDiK aKu



25 JUN 2009 mungkin jadi hari yang istimewa pada dia..(tapi rasanya dah banyak sangat hari istimewa dia) dan juga mak aku ( tapi hari konvo aku lagi hari istimewalah pada mak aku..hahah) Jangan marah bang ( adik aku ..aku panggil dia abang..dan aku lak kakak tapi jadi adik napa jadi cam tu aku nanti2lah aku citer)

Semalam dia tamat latihan untuk SKM kat IKBN Alor Gajah untuk tahap 3 ( dia tak minat belajar malas nak baca buku katanya so ambik kemahiran jelah). Lepas nie sambung tahap 4 lak untuk Diploma dalam Penyeliaan Makanan Dan Minuman.

Walaupun aku cuma di telefon pihak IKBN pada hari Selasa untuk makluman tapi kali nie aku rasa perlu untuk hadir kerana apa lagilah sokongan yang aku dapat beri kalau bukan hadir untuk meraikannya. Dan yang paling penting bawa mak aku untuk lihat kejayaan dia.

Slide show yang aku sempat snap



Masa ambik anugerah ibu bapa dibawa naik ke atas pentas sekali. Inilah mak dan adik aku.Muka tak nampak. Nie jek gambar yang aku leh ambik dari jauh.


Semoga abang terus berjaya dan jangan lupa belikan acik kete bila dah keje . ahaksss...





Tuesday, June 23, 2009

KiTa MaKaN DuLu..

Musim durian dah bermula lagi. Aku rasa bagi yang suka makan durian peluang nie tak mungkin dilepaskan. Sedara-sedara yang kat bandar tu kalau rasa nak makan durian reti-retilah balik ke kampung yer..

Yeaahh..berat nie nak tolak

Dah banyak-banyak nie sapa yang nak makan?

Jemput makan yer semua...

Friday, June 19, 2009

JaNGan MaRaH ..PiNJaM SaT..


Ini yang aku ketahui.....




TAPI .....................





Siapakah Yang ini?

Thursday, June 18, 2009

JaLaN-JaLaN CaRi MaKaN

Satu perkara yang aku suka ketika bercuti ialah cari tempat makan. Masa nie lupakanlah segala pantang larang. Telan jelah semua. Sakit tanggung sendiri. Cerita banyak pun tak guna..Jamu Mata jelah yer.


Sedap aiskrim nie?..nie kat Cameron Highlands nie..Aku pun tak tau apa rasa sebab yang makan nie Datin yg ikut trip cuti-cuti Malaysia kami.


Ni cendol kat Langkawi ( terletak sebelah dgn Lapangan Terbang Langkawi). 3 hari berturut-turut makan cendol pulut nie akibatnya aku separuh nyawa sebab semput. Sedap wei... Hari hujan pun leh bawa lari mangkuk makan dalam kete..bayangkan penangannya.



Yang nie laksa. Aku bukan lah penggemar tegar laksa nie. Tapi bila kena laksa nie, 3 hari turut gak aku makan. Leh cari kat tempat Cendol Pulut tu. Abg yang menjual tu siap bg diskaun hari last kitaorg makan disitu..Siap menunggu lagi sebab hari terakhir tu kami lewat sampai di sana untuk menjamu selera. Ahaksss..



Ikan bakar. Ni di Langkawi. Gerai yang mana aku lupa. Not bad lah.

.......................................................................................................................................................

Apa Yang Bakal Anda Saksikan DiBawah nie Nanti Adalah Sesuatu Yang Boleh Buat Anda Menggeleng Kepala...

^

^

^

^

^

^

Dah abis licin..nie Makan di Medan ikan bakar Kuala Perlis. Setiap kali mkn ikan bakar depa semua mesti order kerang gak.

Maaf Kucing...Kami betul-betul lapar..

* Tiada gambar sebelum dimakan sebab saat makanan diletak atas meja kami dah tak pandang kiri kanan lagi.

Bercuti tak boleh dipisahkan dengan mencuba makanan di tempat lain. Masa ni janganlah fikir sangat duit yang keluar sebab pada aku itu adalah habuan bagi diri yang penat bekerja. Rugi kalau menolak sebelum merasa. Renung-renungkan dan selamat makan..

Terima kasih Ain... ( kali nie aku bg tau nama) untuk gambar-gambar diatas. Aku bila tengok makanan memang lupa nak snap gambar..ahakss...

Monday, June 15, 2009

SeNYuMLaH


Apa beza manusia dengan kambing punya senyum?.

Selain seorang itu manusia dan seekor lagi kambing..

Friday, June 12, 2009

KiSaH Di TaPaH RoaD

Ketika cuti- cuti Malaysia aku yang lepas ada satu kisah yang bila di kenangkan kembali buat kami geleng kepala dan tersenyum.

Setelah selesai berjalan di Cameron Highlands misi kami seterusnya adalah ke Perlis. Makanya seusai kami meronda di sana kami bertolak turun dari tanah tinggi ke Stesen Keretapi Tapah Road. Sebab kami mengikut perancangan awal akan menaiki keretapi ke Arau untuk ke Langkawi.

Disebabkan tiada seorang pun dari kami yang pernah sampai di Tapah Road nie, tiada apa yang dapat digambarkan apa yang ada disana. Tiket keretapi pukul 10 malam. Kami sampai di Stesen Keretapi Tapah Road lebih kurang pukul 5.30 petang dengan perut lapar. Perancangannya kami akan makan di sini tapi malangnya tiada satu gerai pun ada disitu. Stesen ni pun letak agak terceruk sedikit. Cuma bangunannya masih dalam keadaan baru.





Disebabkan masa untuk berangkat lambat lagi kami meminta untuk menunggu disurau. Tapi tak dibenarkan. Dalam keadaan keletihan dengan bag yang macam org lari dari rumah tu kami duduk berlonggok duduk di bangku menunggu.





Namun macam-macam insiden berlaku yang kami rasa tak seharusnya berlaku. bila waktu senja lampu masih tak dihidupkan di tempat menunggu. Bergelap. Kipas yang banyak kat situ pun tak dihidupkan.Maka aku dengan rasa kurang sabarnya akibat letih dan lapar pergilah mendapatkan pekerja kat stesen keretapi tu. Sebab aku tak tau nama dia aku untuk kisah nie kita panggil jelah dia Abg Mat Romeo ( ada kisah bg nama nie).

Aku: Bang boleh tolong bukakan lampu dengan kipas kat ruang menunggu disana ke?. Dah gelap nie.

Abg MAt Romeo: (sedang mengemop lantai) Nantilah nak tanya staf kat dalam dulu. Boleh buka ke tak.

Aku: (hampir hilang sabar) Nak buka lampu kat situ pun nak tanya orang dalam tu ke?. Abis tu kalau dia tak bagi kami dok dalam gelap kah?. Ingat kitaorg naik keretapi nie tak bayar ke?

Abg MAt Romeo: Ok..ok ( tapi siap pegi tanya lagi kat staf dalam opis tu.)
Ok cik sat lagi depa buka lampu.

Aku: ( sambil geleng pala mengenangkan bagus sikap mereka nie berjimat cermat guna elektrik tapi rasanya tak kena tempat sebab hari dah malam memang patutnya buka lampu tu)

Tak lama lampu pun menyala. Dalam kami dok melayan mood masing-masing yang sedang lapar nie.. abg mat romeo nie datang lagi.

Abg MAt Romeo: Sori yer ada yang merokok tak kat sini? ( dgn mop lagi dia datang)
(aku nak maarah pun ada ..nak gelak pun ada)
XXX ( nie member aku tapi nama kena rahsialah) : Tak nampak ke semua perempuan nie.

Terus Abg Mat Romeo tu blah.

Sambung semula layan keroncong. Cacing dalam perut masing-masing semua sedang menangis nak makan. Kami pun dok buka lah semua makanan ringan yang ada dalam bag masing-masing.
Tetiba menjenggul lagi Abg Mat Romeo nie.

Abg Mat Romeo: Cik semua nie tak lapar ke?

XXXX: Lapar. Dah kat sini cam takde kedai makan nak wat cam ne.

Abg Mat Romeo: Kat sini takde kat jalan depan simpang sana adalah.

XXXXX: Jauhlah nak kesana lagipun bukan tau sangat tempat nie.

Abg Mat Romeo: Saya ada 2 cara... pertama 2 org tinggal 2 org pergi beli makanan. yang kedua semua pegi bag simpan dalam opis.

XXX: Takpelah. takutlah tak biasa.

Abg Mat Romeo: Kalau tak pun saya boleh tolong belikan. nak makan apa?. kalau nak makan tomyam ke saya pegi kedai yang jauh sikit. tapi nanti kalau dah makan janganlah buang sampahnya sepah-sepah.

( aku bukan nak fokus pada kebaikan dia offer diri nak tolong belikan tu..tapi ayat belakang tu yang aku tak tahan..siap ada pesanan penaja lagi.Jangan buang sampah merata-rata. nak kata aku ni berjalan dgn budak-budak semuanya dah bekerja orang dewasa.

Aku:Takkan lah nak buang sampah rata-rata. Kami nie sekolah punya orang.

Disebabkan tak dapat tindak balas dari kami dia blah dari situ. Sebab semua muka dah macam singa lapar.

Selang seketika lepas balik dari tandas temankan member aku..aku tengok kawan lagi 2 org tu dah punggah barang masuk ke satu bilik. ( Abg dalam opis tu buka kan satu bilik)

XXX: Jom masuk sini.

aku: Napa kamu masuk disini?

XXX: Itu orang suruh tunggu disini.

Aku: Bah oklah.

Nak tau bilik apa?




nie lah dia tempatnya



Ni dalam bilik tu


Terima kasih pada staff di stesen keretapi yang baik hati tu bagi kami menunggu di bilik VIP. mana suka-suka leh dapatkan. Agaknya tengok keadaan kami masa itu atau mungkin sebab kami yang tinggal untuk naik keretapi dari stesen ni pada malam tu.Tapi bila kami keluar dari bilik tu ramai pulak penumpang yang menunggu diluar. Memang betullah kami VIP malam tu..heheh semua orang memandang bila kami kuar dari bilik tu.



Keretapi delay tunggu lagi


Stesen keretapi Tapah Road dalam kenangan.

Untuk mereka yang rasanya nak cuba naik keretapi dari Tapah Road nie baik bawa bekalan makan secukupnya sebab memang tiada satu pun gerai makanan disini. Tapi ingat "JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA TAU".. ahakss..dan kenapa aku gelarkan Hamba Allah tu Abg Mat Romeo sebab ini...


Saat kami di Platform sebelah untuk ke utara dia sedang memburu lagi satu kumpulan adik-adik manis tu disana. Punya ramai orang menunggu kat tempat budak-budak perempuan tu gak dia dekat. takpelah bagi can dia mengayat. Teruskan usaha mu Abg Mat Romeo.

(semua gambar-gambar nie..ihsan dar kamera canggih salah sorang kawan yang bercuti sama. thanks yer)


Thursday, June 4, 2009

TiaDa SiaPa YaNG TaHu



Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,

DIA datangkan petir dan kilat.


Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,



Rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

aPaKaTa aNDa?



Persahabatan itu seperti tangan dan mata? Saat tangan terluka mata menangis. dan saat mata menangis tangan menghapuskan airmata?. Apa kata anda?
Siapa sahabat anda? Betul ke dia sahabat anda? Sejauh mana anda kenal sahabat anda? Cukup ke sekadar teman ketawa dan menangis? Bagaimana dengan berkorban?


Aku pernah punya seorang sahabat dulu. Tapi sayang aku tak tahu menilai apa itu sahabat. Kerana aku lebih pentingkan kawan. Setiap hari aku rasa dia faham akan diri aku. Makanya aku terus lupa dia juga perlukan aku setiap waktu. Tapi pada aku pula .. cukuplah aku ada dia. Kamu fahamkan?. Silapnya aku kerana letak persahabatan itu satu hala.. hidup kita perlu ada 2 hala. Baru adil orang kata. Aku dah hancurkan tali persahabatan itu. Saat bila aku sedar?. Saat kawan-kawan telah lari dalam hidup aku? Saat itu dia juga telah jauh dari aku. Terlalu jaga hati kawan sehingga lupa hati teman. Tutup kisah lama. Ia pengajaran yang amat penting pada aku.

Saat ini aku juga masih punya seorang teman....dia sahabat..dia saudara..dia juga punching bag aku. Dari saat itu jugalah aku cuba menjaga agar kesilapan lalu tak berulang kembali. Dia mungkin tak sama tapi mungkin juga dia lebih baik . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan?.
Hati seorang sahabat perlu dijaga. Dia perlukan apa yang kita perlukan juga. Oleh itu jadilah melindungi dan dilindungi.

Semalam aku masih tak mampu lelapkan mata. Saat begitu sabahatlah jadi peneman aku berbicara. Apa yang bermain di minda aku?

Aku : Kalau tetiba saya perlukan 1 dari 2 buah pinggang awk..awk bagi tak?
Dia : Kalau waktu itu awk amat memerlukan saya bagi.
Aku : Abis kalau dah bg buah pinggang awk then awk pulak sakit? Tak takut mati?
Dia : Apa boleh buat kalau dah itu takdirnya.

Jawapan itu buat aku tersentak seketika. Mulia hati mu teman. Dan percayalah jika itu berlaku, Aku sendiri akan diam membisu kerana aku tak rela hidup atas kematian org lain. Aku sanggup beri apa yang aku ada tapi aku tak mampu terima pengorbanan seorang sahabat.

Sanggup ke anda beri kehidupan pada seorang sahabat? boleh bagi buah pinggang anda pada sahabat yang memerlukan? atau anda sudah jauh lari meninggalkan sahabat yg memerlukan?. fikir-fikirkan.

(mungkin ada yg tak setuju dengan entri ini. Maaf saya fokuskan hal ini untuk sahabat. jgnlah pula ada yang kata mengapa harus pentingkan sahabat dari keluarga sendiri. kalau keluarga anda pun tahu jawapannya.)